Iftar di The Everly Putrajaya lagi?

8:51 am


Eh sedap sangat ke Buffet Ramadhan di The Everly Putrajaya ni sampai datang dua kali? Hah sebab sedap la saya beriye booking and datang makan berbuka lagi kat sini. Tak sabar rasanya nak makan sini sampai sanggup hadap jem 2 jam lebih. Gigih!





Kebetulan Shafiq balik KL this week so petang tu dia sampai dari Penang terus kami ke Putrajaya. Ye la dia jeles pulak makwe dia asyik makan sedap je terpaksa lah makwe belanja makan sini. Hah, kalau korang datang The Everly Hotel Putrajaya, jangan lupa ambil gambar kat sini tau! Depan hotel ni ada deretan errr apa nama benda ni? Yang ada muzik bunyik berlainan errrr.... 



Mula mula masuk, terkejut ramai orang! Fuh sampai luar tempat makan la ada table disusun, function room tepi-tepi tu pun dibuka untuk extra seatings. Wahhh ramai gila orang! 

Dekat entrance dah ada satu kuali besar gulai, lepas tu ada serunding, lemang, ketupat dan macam-macam lagi. Terasa meriahnha suasana raya walaupun belum habis Ramadhan! 


Menu pertama yang saya kejar mestilah Sambal Goreng Jawa! Sebab kat sini ada menu Nasi Ambeng. Agak rare dan sebagai gadis Jawa mestilah rindu masakan Jawa. Haritu makan sedap gila tapi agak kecewa kali ni Sambal Goreng Jawa disini suhun terlampau banyak dan kembang. Dah terasa macam makan mihun goreng pulak. Bila kembang, rasa tawar sedikit. Tapi bila dah ratah Sambal Goreng Jawa ni dengan Kambing Golek, terus rasa happy! Sebab Kambing Golek kat sini sedap. Di potong kecil-kecil lepas tu garing. Sosnya pun sedap!


Antara menu lain saya try ialah Sauted Prawn. Ambil 6 ekor terus mula-mjla tu lepas tu nak tambah dah habis! Memang ramai ambil udang ni. Dah la besar, lepas tu sedap! Manis je isi nya. 


Lagi satu faveret saya mestilah Tempura ni! Spinach Tempura dia ya ampun tak puas puas makan. Terung masak tempura pun rangup. Sedap makan kat sini sebab sayur-sayuran nya semua fresh dari Cameron Highlands dan manis!



Antara rebutan ramai ialah Ketam Masak Lemak dan Rendang Tok Johan! Memang WIN! Punya sedap rendang tok haihhhh. Shafiq pun cakap sedap Rendang Tok Johan ni no wonder lah licin jugak.


Masa datang dulu, takde pun live cooking station masak pasta! Datang kali kedua ada pulak dahhhhhh. Apa lagi? Carbonara satu kak! Hah memang sedap la kalau masak kat situ jugak kan? Sebelahnya ada abang buat shawarma pulak. Haritu terlebih lebih mayo. Kali ni dah sedap daging lagi banyak dari mayonis hehe.


Sup gearbox tetap power! Satu lagi yang best kat sini, otak-otaknya. Memang tebal isi puas hati berbanding makan di kedai luar yang makin menipis haha! Makan satu dua keping pun dah kenyang kalau isi tebal macam ni kan?


Cheese cake chocolate pun salah satu dessert yang korang wajib try! Lepas tu kuih muih kat sini ada tepung pelita wei! Menyesal ambil tiga je sebab laku keras kuih kat sini. Kuih keria pun sedap terasa keledeknya cuma bagi saya buah melaka tu terlalu besar saiznya maka rasa tepung je lebih. Memang penat mengunyah.


Kalau masa datang dulu air kordial sahaj terhidang, kali ni banyak air jus. Ada jus tembikai paling sedap! Lepas tu ada air tebu, longan, bandung, sarsi, soya bean dan macam-macam lagi. Punya sedap fresh watermelon juice untuk berbuka. Bayangkannnnnn.... terliur tak?


Ramai orang berbuka disini sebab kat sini selain korang yang datang dari luar, sesiapa menginap kat sini pun ada pakej berbuka puasa sekali. Serendah RM248, dapat pakej bilik 1 malam + sahur + berbuka untuk seorang. Wah! Untungnya! Patut lah ramai. Tapi pihak pengurusan The Everly Putrajaya tetap cekap dan pantas menguruskan keadaan yang penuh sesak ni.

Yang saya puji lagi satu, ruang untuk solat. Saya sempat berlari solat Maghrib kejap di tingkat atas. Selain ruang solat yang luas, sistem telekungnya agak menarik. Ada satu kabinet meletakkan telekung yang bersih dan sealed. Maknanya untuk yang nak solat mereka akan ambil telekung bersih dan tear off sealed tag tu. Untuk used telekung pula diletakkan dalam basket yang disediakan. Wahhhhh bagusnya!

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-88922921 atau 03-88922929 atau 018-2231310 atau email ke [email protected]

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook