satu perjalanan hidup yang panjang

10:29 am

amaran: sila bersedia untuk membaca entry yang sangat panjang berjela. jikalau anda rasa bosan di pertengahan cerita, sila tekan alt+f4.



Photobucket



maka, alkisahnya bermula dari catatan seorang penulis dari ceruk hutan beranang. pasti rakan-rakan ku bertanya sebegini; "apa kejadahnya kau duduk beranang lagi? org lain da lama cuti weyh...!!" ye saya tahu semua org sedang bercuti bukan? saya masih di beranang yang tercinta atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan lagi. apakah? rahsia hati. maka, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan itu lah saya masih berada disini.saya terlalu bosan menetap dalam jangka masa yang lama di beranang ini. setiap hari saya berada di alam maya sehingga seya merasakan ketika tidur juga saya seperti sedang mencatat di laman belog saya. oh sangat teruk penyakit bosan ini. kadang kala perkara normal seperti bangun tidur sahaja sudah terus online juga berlaku. menagapa? semuanya atas sebab kebosanan yang terlampau sudah.






bermula lah alkisah tentang drama cinta untuk ain. mengapakah saya bercerita tentang drama itu? bukan kah sudah lama saya ketinggalan kereta api untuk mengikuti episod-episod cerita itu yang disiarkan pada pukul 9.00 malam setiap selasa di tv3? entah lah. semuanya gara-gara saya menjenguk ke laman belog cik eena. jika saya ketinggalan kereta api setiap hari selasa, saya sering meng-update kan diri tentang drama tersebut di laman belog cik eena. ye, akhirnya berakhir sudah drama tersebut sebentar tadi. bersusah payah saya mencari kedai yang menyiarkan tv3 atas sebab peti televisyen di rumah sudah tidak dapat dibaik pulih atas sebab dijangkiti penyakit kronik. bermula lah satu pengembaraan dan perjuangan untuk menonton episod terakhir cinta untuk ain. maka, pada setengah jam yang pertama, saya berjaya ke kedai awe di tingkat bawah untuk menonton drama tersebut. bersama saya, cik anep yang belanja saya makan malam. "terima kasih, cik anep". saya menonton drama tersebut sambil mengajar cik anep bagaimana mahu membuat laman belog sendiri. maka, semua tentanya-tanya; mengapakah hanya setengah jam? bagaiman setengah jam seterusnya? alkisahnya, saya terpaksa kembali ke rumah sewa saya dan berusaha menonton drama tersebut bersama peti televisyen yang tenat itu. tiada apa masalah jika saya sentiasa bersemangat mahu menonton. akhirnya, kahwin juga si romantis shahrol bersama si chenta haty nya ain.



Photobucket



kembali ke alam nyata. saya masih disini rupanya. di bernanang yang tercinta. menanti si cinta hati tiba. eh eh. saya ter-jiwang pula. maaf ya. sebenarnya si dia baru sahaja menghantar pesanan ringkas menyatakan si dia akan bertolak dari kedah pada pukul 12.00 tengah malam ke kuala lumpur. perasaan? hati ini berbunga-bunga ceria ketika ini. doa dipohon agar saya sempat bertemu si dia. perasaan rindu sudah mencapai tahap dewa. mungkin akan bertukar menjadi si pikor jika saya masih tidak dapat bertemu sama si dia. maaf sayang. saya menanti dengan penuh sabar ini.


kembali bersama perasaan bosan yang memuncak. sebelum membuat catatan harian di laman belog sebentar tadi, saya sempat meluangkan masa berbual bersama abg kacak di tetingkap yahoo messenger saya. apakah? entah lah. cuma berbual tentang dunia penulisan. wahai abg kacak, sudah terbit itu novel nanti jangan lupa saya. saya mahu tanda tangan dari anda. jangan lupa juga; tajuk novel itu mestilah "kisah kasih cinta di pusat bowling".


dan akhirnya. perasaan mengantuk itu tiba saat saya sedang menaip tidak henti-henti. saya perlu tidur untuk menyimpan tenaga saya bertemu si dia pada esok hari. sayang, saya menanti disini. selamat tidur semua. noktah.



You Might Also Like

20 comments

  1. ha3.. tunjuk user manuak ke care gune wifi :p

    ReplyDelete
  2. mizi jd penulis??wahhhhhh

    ReplyDelete
  3. ehem dating sampai lupa blog. haha.

    ReplyDelete
  4. syed;
    WTF! hahahaha. jeles ah tuh

    ReplyDelete
  5. ugh!
    kuat perasa cinta di blog ini.
    mengasyikkan.
    mengghairahkan.
    hahaha.

    ReplyDelete
  6. yeah! mizi penulis novel sebnarnya.
    *weyh mizi....novel kunun, cerpen pun lom tentu...alalala*

    ReplyDelete
  7. vujie;
    lalala. mana tau i gi dating sampai lupa belog? hahaha *majuk nnty blog*

    ReplyDelete
  8. edy amir;
    lalalala. manyak ah kamu. hahaha. karangan biasa je, bukan novel cinta

    ReplyDelete
  9. tu dia.... kesah sampai ke kedai. gara2 finale cinta untuk ain. :P sila la amek sharol yang mengong nanges2 tu. i setia pada hans isaac i. :P

    ReplyDelete
  10. wat pe nak jealous beb :p
    org gune streamyx jewk ha3..

    ReplyDelete
  11. haha. adek pon gne streamyx la kat umah.. lalalla.

    ReplyDelete
  12. eena; mana bleyh. que haidar dah kawen ngan linda. sharol dah kawen ngan ain. haha. i nak hans!

    ReplyDelete
  13. "kisah kisah cinta di pusat bowling" the novel aku release pada bile aku da kawin nnt... hahah sbb tu ah die punye ending cite nye.. n movie lak akan di release kan oleh anak2 aku 20 taun kemudian... best regard mizi (author/writer)

    ReplyDelete
  14. kisah kasih la mizi. bukan kisah kisah. penat aku pikir title utk ko. aishhhh..

    ReplyDelete
  15. pehhh , onlinee punyaaa LAMEEEEE , sumpaaa gilaaa , COOL ! AHAHHA

    ReplyDelete
  16. 15 jam jek. hahaha. ade yg smpi 20 jam lupa nak print screen gamba. masa reply comment ni akak da online 7 jam. mendidih broadband seyhh...

    ReplyDelete
  17. manuak???(komen yg first skali)..bhase baru ke???lalallaa

    ReplyDelete
  18. ko dengki kan ngan abg aku. hahaha

    ReplyDelete
  19. ko ade abg ke???lalallaa

    ReplyDelete
  20. Anonymous ; ciskek kamu. abg ta rasmi la. hahah.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook