puding roti simple dan sedap.

11:27 pm

PUDING ROTI


bila dah semua orang sibuk tweet pasal puding roti gara-gara @lyshabella mengidam macam tengah bunting gajah, si @nzms_ein pulak mintak aku post resepi, ni hah habis rajin aku buat entry ni! korang buat lah kat rumah yer...

Photobucket

Bahan-bahan:

* 6 keping roti (nak expired lagi ah digalakkan dari korang biar je sampai berkulat)
* 30 gm mentega dicairkan
* 80 gm kismis
* 4 biji telur dipukul
* 475 ml susu segar
* 150 gm gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara

1. Carik- carik kecil kesemua 6 keping roti tadi dan susun atur ke dalam bekas yg bersesuaian.

2. Tuangkan sama rata mentega yang dicairkan tadi ke atas roti. Selepas itu
taburkan kismis ke atasnya.

3. Di dalam mixing bowl pukul rata telur , susu segar, gula dan esen vanila.
Setelah siap tuangkan ke atas mangkuk yg berisi roti tadi.

4. Bakar di dalam oven dengan suhu 175 C selama 45 minit.

5. MAKAN!


*ramai cakap sedap makan time sejuk. tapi, aku suka makan tengah panas. syoookk woooo! garing jek rasa roti tuh.

You Might Also Like

8 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook