Anugerah Skrin 2010

9:12 am





tadi ada Anugerah Skrin 2010. tapi oleh sebab aku keluar makan kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur, maka aku start menonton pada pukul 9:45 pm. tapi aku masih follow up updates dari Twitter. ternyata, ramai mengomen ASK tahun ni bosan. ehyeke?

berkobar-kobar perasaan lepas habis dinner terus masuk kereta pasang TV. ok, sumpah mengantu. sesangat.terbuki kata-kata mereka di Twitter. tu belum dengar komen-komen dari mulut ibu dan adik aku. terbaik mengalahkan pengkritik akademi fantasia lagaknya. tapi memang betul pun kan?

yang amek anugerah pakai baju putih tadi siapa? aku rasa kalau semua orang tahu FB dia bakal add secara berjemaah. pak ajis pun juling mata tengok. sendat dan mantap macam nak pegi joget mak aku kata. mak aku kata, bukan aku. kau nak pegi club mana malam ni eh? ke memang nak jimat kos tak payah beli dress lebih glam dari tu?

pengacara? bukan pilihan yang tepat. aku lebih rela pak ajis yang mata juling di apit dua hot mama tadi tu jadi pengacara. aku rasa, cuma dia je buat suasana hangat. artis kat Twitter pun aku tengok ramai cabut awal-awal sebelum majlis tamat. ini penonton pun aku tengok macam nak tertidur. aku bajet, jiran sebelah rumah aku bergelap awal malam ni sebab bosan tengok ASK kot?

fesyen berkemban aku rasa fesyen akhir zaman 2010. terlalu ramai yang berfesyen mengalahkan pakai kain batik berkemban mandi kat tepi telaga. apakah? yang rasa takde aset besar tapi nak berkemban tu pun aku rasa tak sesuai kot? penyek setepek je aku sound ni. tapi aku paling suka baju bini Aziz M. Osman. baju Erma Fatimah pun cun sesuai. cuma, Ziela Jalil aku lihat seperti baru lepas shooting Alien Vs. Predator je?

semua orang cakap Mia Sara comel. ok, part tu aku miss. aku harap dia ada post photo di FB atau Twitter . kalau tak, aku kempunan. buat Shaheizy Sam yang demam tapi tetap kacak, saya masuk meminang awak esok ye? tahniah lu memang terbaik derr!

dah mana result penuh? macam biasa, aku kan pemalas. maka, elok sangat lah korang pegi rajinkan diri ke blog kekasihku, Zara : KLIK SINI. si Zara ni macam pengulas siaran langsung untuk ASK malam ni. kau tak kenal Zara? aku tampa laju-laju nanti!

untuk rakan-rakan yang beragama Kristian, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Natal. ye, ramai mempertikaikan tidak boleh kita yang beragama Islam ini mengucapkan selamat bagi perayaan lain tapi, sendiri pun tak pasti kan? aku rasa macam nak call Jakim tanya isu ni tapi aku sekadar bagi ucapan tanpa niat apa-apa. untuk Anja Valeria Makridis di Norway, Dessy Natalia Fernandez, Vina Ginting dan Billy Fernandez di Indonesia, serta Roland Wallmannsberger dan Dominik Aschauer di Austria serta rakan-rakan yang lain, selamat bergembira. bajet korang boleh baca je entry bahasa melayu aku ni kan? takpe, aku dah ajar sikit bahasa kan dan korang pun selalu datang belog ni? aku rindu korang. sekian, terima kasih.


p/s: aku dah dapat gambar Lisa Surihani dan Mia Sara Nasuha. comel!






You Might Also Like

3 comments

  1. Saya tak kenal kak ieyra cam mana :(

    http://profhariz.com

    ReplyDelete
  2. Oh. Mia ngan lisa mmg sgt comel. :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S