Holiday at Perak.

3:02 am







malas nak story mory. meh layan gambar dan caption. 
dasar pemalas. ha ha ha.


tiba di Cameron Highlands pada 25 Disember 2010. dari Raub tembus terus ke Cameron Higlands melalui jalan baru. hanya satu jam 30 minit? kagum! kami ke sana hanya untuk shopping sayur, buah dan bunga.


bangga dengan henset cabuk aku ni. tanpa edit pun bunga rose ni cantik macam cik rosmerah. eh siapa?


budak gemok kesejukkan di atas cameron higlands. ok next!


malam tu kat rumah embah, di kampar hanya makan ini. salad? bukan diet tapi sayur banyak sangat.


3 jambak hanya RM 5.00. kenapa beli bunga daisy bukan bunga ros? sebab bunga daisy tahan sebulan. ros tahan dua hari. bunga-bunga ini selamat dah di tangan cik ayu. teringin sangat dia nak bunga.


the next day kami ke Ipoh! pergi pasar karat, tengok barang antik, jalan-jalan sekitar Ipoh macam ada benda interesting je la sangat kan? 


makan-makan di Restoran Simpang Tiga. entah ratusan ringgit berapa habis. agak mahal, tapi kalau nak rasa masakan padang boleh la kesini. eksklusif tempatnya.


kemudian, kami ke Eco Park. nice! ramai gila pengantin tengah photo shoot. bagi ikan patin dan jelawat makan roti, ganas dan rakus mereka. sempat lah aku declare couple dengan sekor ikan.


yang ni paling semangat bersenam kat Eco Park. tak macam kakak sheera gemok dia ni. pemalas.


esoknya, ke UTP bayar yuran, siap terlebih bayar. kemudian, kami ke Lumut dan Teluk Batik. apa lagi? mandi laut lah! eh piknik sekali.


feeling princess pulak tepi pantai. siap beli topi besar gedabak. nasib aku tak terbeli dress pantai ke bikini ke. eh eh gambar mandi laut tidak boleh disiarkan. 


ringkaskan cerita, esoknya aku ke Kuala Lumpur sebelum pulang ke Kuantan. gambar atas ni egg tart dari KFC. kempunan dah lama bila si kongkang jeles kan aku. nasib lah cik Ayu baik hati tolong belikan di Wangsa Maju. puas hoi!

okayh malas bebel. takde entri pasal bola. penat lah aku nak tengok drama sana sini, sinetron sana sini isu Piala Suzuki AFF ni. aku nak kawan dengan Sizuka je la macam ni. memeningkan kepala. yang pasti semua komen negetif aku balas secara positif dengan senyuman, hasilnya, ramai pulak kawan baru aku dapat dari Indonesia. GOOD LUCK to both Indonesia dan Malaysia. buat manusia-manusia yang tersayang, get well soon. ramai pulak sakit musim salji ni. eh musim hujan. okthxbai!


You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook