HARGA MINYAK NAIK?

3:27 am



teringat dulu tokki aku pernah berkata;

"semua barang nak naik harga. zaman dulu-dulu pergi sekolah bawak 5 sen pun dah cukup. sekarang? mak bapak bagi RM5 sehari pun merungut. duduk zaman jepun semula pun takpe, kita makan ubi kayu dengan kopi je."

then, tokki aku bertanya:

"apa yang semua naik tapi ada satu je yang turun takkan naik langsung?"



okayh fine. mukadimah merapu meraban. itu sketsa dahulu kala bersama datuk tersayang. tokki aku hebat. lawan dengan komunis dulu. dia juga model Kopi Jantan. terpampang muka kat iklan Kopi Jantan dulu-dulu siap angkat jari buat thumbs up macam dR. Rozmey. cuma satu, tokki aku pakai kopiah putih dan takde rambut stailo macam dR. ROzmey. apakah jawapan kepada persoalan teka teki tokki aku? Hujan. hujan yang turun...bagaikan mutiara. eh eh ter karok pulak kat sini. Hujan yang turun membasahi bumi bukan kumpulan Hujan ye. merapu lagi.

pung pang pung pang sana sini di Fesbuk dan Burung Biru. kecoh semua berkata-kata tentang kenaikan harga Minyak, Diesel, Gas dan Gula. arghhhh ada aku kesah? pakcik bas yang bawak aku ke bandar tu mungkin kisah. eh eh pakcik LRT tak pakai minyak RON95 atau RON97 kan? berebut-rebut lah makcik jual kuih beli gula berpuluh kilo lepas ni buat stok. harga kuih mungkin 2 ketul RM1 selepas ini. ini semua gara-gara keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.



merujuk kepada MalaysiaKini, harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter. Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram. 

apakah semua ini memberi perubahan paradigma yang besar dalam hidup anda? renung-renungkan lah sambil beramal. eh jangan lupa start enjin kereta dan isi full tank sekarang!


p/s: jangan lupa undi aku di : NOKIA SOCIALISTA

You Might Also Like

4 comments

  1. sume harga barang nak naik.. haihh jln kaki la cmni *merajuk*

    ReplyDelete
  2. harga minyak naik , nanti yang lain pun naik .

    ReplyDelete
  3. malaysia ni kan, barang je asyik naik... gaji xnak naik.. camne orang x merungut. kata nak jadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.. tp mcm xnampak je tanda2 tu..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S