ragam manusia lumrah hidup kita

11:17 am



salam semua. sekali lagi blog akan di update dengan kisah kasih peribadi aku. hoh! bukan kisah cinta ye. aku tidak bercinta. tetapi kisah ragam manusia dan lumrah hidup kita. ingat lagi entry ini? malas mahu berbicara tentang ini. tapi aku terjaga dari tidur lena ku gara-gara migrain tadi, sebab keinginan aku untuk menulis ini. aku tahu ratusan akan baca entri ini. oh tidak, mungkin puluhan pembaca saja. hanya blog murahan dan tidak hebat seperti penulis lain. tapi kemana saja boleh aku luahkan kalau tidak di halaman rumah aku sendiri bukan?

sejak akhir-akhir ini, aku keliru. dalam masa kurang dua bulan fikiran aku sentiasa padat dibelenggu dengan pelbagai kisah membinggungkan dan masalah yang bertimpa-timpa. tidak perlulah aku cerita sebagai terperinci. mungkin sebab laman taman ni awam bukan tercipta khas untuk aku baca seorang bukan? kisah ragam manusia yang sangat memeningkan tapi aku faham, Allah cipta kita dengan pelbagai sifat maka itu adalah normal jika kita bertemu dengan jenis-jenis manusia yang seperti memberi palat dalam hidup kita.

dalam dunia aku, dunia yang tercipta oleh kita sendiri aku lihat ada manusia yang penuh hasad dengki tentang orang lain. satu hal yang perlu aku ungkitkan disini. atau mungkin dengan kata lain dibentangkan disini? jangan mempertikaikan tentang perihal aku masuk ke universiti sekarang ini. dengan segulung diploma itu, berbekalkan ilmu yang ada aku menyambung ijazah. dan perlu aku ingatkan, bukan hanya setakat mengisi borang kosong aku masuk kesana. interview dan ujian tiga hari dua malam aku di kem sana untuk apakah? jangan menuduh aku masuk kesana dengan bantuan orang dalam atau apa. dan satu lagi, jika terasa ingin mengutuk perihal aku dengan orang lain sila ambil tahu siapa kawan dan siapa lawan aku. jangan mengutuk tanpa sedar dalam masa beberapa minit sahaja aku dapat mengetahui perilaku kamu.

tentang manusia yang hipokrit dan munafik di syurga dunia. laman yang terbentang itu tercipta oleh manusia untuk kita berkomunikasi antara satu sama lain. ya Allah, tolong lah hentikan segala perlakuan kamu yang menjijikkan itu. tahukah kamu, aku berasa sangat jijik dengan semua yang kamu lakukan? tidakkah kamu sedar setahun atau berbulan yang lalu, bagaimana kisah lampau kamu? oh atau semua itu hanya rekaan kisah sedih hidup kamu? atau kamu secara tiba-tiba hilang ingatan tentang kisah hidup yang kamu cipta di dalam dunia fantasi kamu? tiada manusia sempurna dalam hidup ini tapi, ingatlah manusia sekeliling kamu masih boleh berfikir tentang dusta-dusta kamu itu.

dari dunia aku, aku mengenali sifat baik buruk manusia. wallahualam. bukan aku tahu apa perkara sebenar kan? tapi dalam hati, aku masih boleh mengenal mana yang patut aku percaya. kita ada akal, kita ada minda untuk berfikir. betul atau tidak pilihan kita, terpulang. tuhan yang akan tentukan nanti. sebab itu, sempena bulan penghijrahan ni aku rasa semua orang patut berhijrah dengan minda dan jiwa. bukan dengan nafsu tanpa akal. berhijrah dengan pembentukan jiwa yang baru bukan dengan hidup lama yang pernuh dendam kesumat di hati. tidak perlu mengaibkan makhluk lain jika sekalipun dia melakukan kesalahan yang tidak semua orang tahu. untuk apa kita berfikir dengan hasutan syaitan? biar kita cacat di dunia asalkan kita tidak cacat akal fikiran. biar tersingkir di dunia asal terpilih ke syurga. tiada manusia yang sempurna. setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. tabah dan sabar itu kunci hidup kita. jujur dan ikhlas itu perlu dalam mengukuhkan ukhwah kita. hati dan jiwa pula perlu selari dengan minda dan akal.


tinta ini berhenti berlari disini. mencari sesuatu yang pasti. dan terus saja aku menanti suatu kebenaran yang hakiki. maaf jika ada yang terasa atau kecil hati. jujur ikhlas aku mencoret segalanya di laman ini. maafkan semua orang setiap kali sebelum kamu menutup mata untuk tidur yang lena kerana kita tidak tahu sama ada tidur itu akan berpanjangan sampai bila. dengan itu juga aku minta maaf jika ada kesalahan dalam kata-kata aku. setiap yang buruk datangnya dari kekhilafan diri aku. salam untuk semua pembaca :)

You Might Also Like

7 comments

  1. isk..iskk...sape pulak yg kutuk2 kau ni?slamber jer,buat derkk da la..
    aku lagi best, kena kutuk ngan blogger otai yg terkenal yg 'rage' tu.siap bukak satu entry lagi..haha..jangan layan sgt org camni,kalau layan jd cam booster utk dia tros membodohkan diri sendiri

    ReplyDelete
  2. nape nihhh? dont be sad okay ;)

    kuatkan semangat. jangan mengalah. apa yang betul, biarkan je.

    kita bukannya dapat puaskan hati semua orang.

    ReplyDelete
  3. diam2 sudey! mereka jeles sama kamu!

    ReplyDelete
  4. ish, relax sudah..
    awatnya..ada sapa2 nak masuk minang ke..huhu
    bagus la tu,calling2 eh nanti

    ReplyDelete
  5. mulut orang memang tak boleh tutup..
    makin dilawan makin teruk nanti
    so better senyapkan aje
    wat macam tak ade ape-ape berlaku..
    last-last nanti die akan senyap sendiri

    ReplyDelete
  6. Nice Post!!
    One of the truly great blog!!!
    www.fdausamad.blogspot.com
    Just bace 4-5 entry, sure jadi ketagih!!
    Im not kidding dude....

    ReplyDelete
  7. darkhalf; aku tahu siapa. aku penah kena rage ngan dia ber entri2 hahaa

    lisa; im ok je hahaha

    neil; heeee ok!

    syahril; ngokkk hahahahaha

    hazwan; baiklah.

    mekdonel; dia senior UTP :)

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook