468x60

.

Aneka Selera di The Eatery, Four Points by Sheraton

Thursday, May 26, 2016


Berkesempatan ke Four Points by Sheraton malam tadi dan berbuka puasa (puasa ganti la haha) di The Eatery bersama Shafiq, Najihah dan Fawwaz. Fuh, nak menanti buka puasa tu sebijik lah masa bulan Ramadhan. Ye la, dah ter sampai awal sangat kat Four Points haha! Aneka Selera di The Eatery, Four Points by Sheraton menyediakan leboh 100 jenis juadah makanan. Fuh memang tak senang duduk lah menanti waktu buka puasa semalam bila dah tengok macam-macam aneka makanan ada.



Berkonsepkan seperti stall gerai secara buffet, dari kepala kari ikan hinggalah ke roasted lamb semua sedap. Tapi highlight kat sini ialah Nasi Kandar dengan 10 side dishes seperti deep fried chicken, ikan, ketam, udang, sotong kari kepala ikan, ayam masak kicap, kambing masak kurma, telur masin, dan papadom! Paling teruja si Jihah la sebab dia teringin lama sangat dah duk mencari telur ikan goreng sekali jumpa kat The Eatery ni! Punya banyak dia makan telur ikan. Haha!

Masakan Melayu Kampung seperti ikan patin tempoyak, daging masak kicap, kambing masak merah, gado-gado dengan kuah kacang, kerabu mangga dan kerabu ikan, lemand dengan serunding daging, dan juga ulam-ulaman. Pegi kaunter dessert pulak terus meleleh air liur dengan 14 jenis pilihan pencuci mulut seperti bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat pisang, sagu gula Melaka, dan juga dodol! Terus feel macam nak raya sangat dah. Yang bestnya keropok lekor dari Terengganu dan Otak-Otak pun ada. Satu kelainan disitu,.

Jom kita lihat juadah makanan apa yang ada!


Roasted lamb with roasted veggies



Deep fried prawns, squids, crabs, chickens, ikan, telur ikan semua ada.
  

Ayam Masak Kicap


Kurma Kambing


Udang Masak Sambal Petai


Roti John


Sotong Kangkung 

  
Satay Ayam & Lembu


Aneka kerabu


Fish Curry Gravy


Kepah Masak lemak


Ikan Tenggiri Masak Acar Kuning


Ayam Dara Masak Briyani


Sup yang MasyaAllah sedap!


Memang kenyang kami makan semalam. Dengan perut yang memang kosong seharian, Jiha and me cant stop eating! Faveret saya roasted lamb with roasted veggies, dan juga satay! Tak tahu kenapa tapi kuah kacang yang sedap akan buat satay yang dah biasa makan pun sedap. haha!

Terbaikkkk chef!

Aneka Selera di The Eatery, Four Points by Sheraton ini available dari 10 June hingga 3 July 2016, dan berharga RM120 untuk dewasa, dan RM60 untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun. Early bird price sebelum 6 Jun 2016 ialah RM90 untuk dewasa. 

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi: 

The Eatery of Four Points by Sheraton Puchong, 
1201, Tower 3, 
Puchong Financial Corporate Centre (PFCC), 
 Jalan Puteri ½, 
Bandar Puteri, Puchong, 
47100 Selangor. 

Tel: 03-58918888 
Email: [email protected]



0 comments:

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates