Tergamak pemuda ini menggadai Barang Kemas & Cincin Perkahwinan Isteri semata-mata....

9:57 pm


Amran bersama isterinya terpaksa menjual kerongsang bagi menampung kehidupan keluarga selepas berhenti kerja di PETRONAS.

Pemuda yang dimaksudkan ini bernama Amran dan itulah antara tindakan yang pernah dilakukan olehnya semasa awal perjalanan sebagai seorang usahawan untuk membina empayar perniagaan dari bawah dan kini beliau merupakan pemilik rangkaian dobi Franchais AquaNano.

Beliau bukanlah dilahirkan daripada keluarga yang berada, tetapi semangat untuk memperbaiki taraf hidup selepas mengambil keputusan berhenti kerja dari Petronas Carigali sangat memberi inspirasi kepada golongan anak muda yang ingin memulakan perniagaan.



AquaNano kini berkembang sebanyak 135 cawangan di Malaysia dan Indonesia.

"Saya mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu."
"Saya akui, keinginan untuk menaikkan taraf hidup dengan bekerja sendiri bukanlah sesuatu mudah seperti disangka. Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami."

"Saya mula fikir untuk berniaga dan ketika itu hanya mempunyai RM20,000 dalam simpanan dan saya gunakan modal ini untuk memulakan perniagaan IT kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di syarikat telekomunikasi selama empat tahun.Saya menyewa sebuah bilik kecil di tingkat 3 di sebuah lot kedai bagi menjalankan operasi perniagaan IT saya"



Amran dan isteri.

Bagaimanapun, pengalaman yang ada tidak mencukupi untuk menjana keuntungan, malah duit modal yang dilaburkan habis begitu sahaja. Perniagaan tersebut berakhir dalam tempoh hanya tiga bulan.

"Hidup kami sekeluarga semakin sempit, berbulan kami tak mampu membayar sewa rumah termasuk kereta.Pernah satu ketika kereta saya ditarik bank, selepas bertungkus lumus meminjam wang disana sini dan membayar semula tunggakan, keesokkan harinya kereta isteri saya pula ditarik bank...Terduduk diam bisu kami sebentar mengenangkan duit yang dipinjam belum dibayar lagi, inikan pula nak meminjam duit lagi untuk kereta isteri."

"Sukar ingin digambarkan tekanan yang saya hadapi ketika itu apabila jumlah hutang meningkat dan mahu ataupun tidak saya perlu fikirkan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan lah, ada ketika hanya tinggal RM10 dalam saku, kami ikat perut sekeluarga berbelanja RM10 untuk seminggu. Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu. Kami catu segalanya kerana terpaksa berjimat kerana hendak pastikan keperluan bayi kami.Kami juga tidak mampu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung, segala majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara dan kawan kami tak dapat hadiri kerana tiadanya wang untuk bergerak kemana-mana ketika itu. Begitu hebat sekali dugaan Allah yang diturunkan kepada kami, terasa ketika itu kami begitu kerdil didunia ini. Tidak terbilang ntah berapa kali isteri saya mengalirkan air mata dan saya juga hampir-hampir putus asa untuk terus berada didalam bidang perniagaan."


 Amran bersama isterinya merasmikan cawangan dobi AquaNano di Indonesia bulan lalu.

Tetapi Amran sedar dia tidak boleh lemah semangat dan berputus asa dengan dugaan yang dihadapi ketika itu memandangkan tanggungjawabnya bukanlah hanya untuk diri sendiri malahan demi isteri dan anak-anak.Kemudian abang ipar Amran mencadangkan pada beliau untuk menjual kerongsang di pasar-pasar malam dan pejabat kerajaan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

"Masalah utama kami ialah modal, bayar kereta pun kami sudah tidak mampu, hutang pula keliling pinggang.Isteri saya tidak sampai hati dan menyerahkan semua barang kemas hadiah perkahwinan kami termasuk cincin kahwin untuk digadaikan sebagai modal permulaan.Saya juga bernasib baik adik beradik saya lain ada bantu sedikit untuk beli stok kerongsang. Alhamdulillah... Saya sedikit lega apabila penjualan kerongsang saya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada jualan yg pertama kali dibuat kerana hampir 90% stok habis dijual. Saya berjaya memulangkan modal pinjaman dari adik beradik dan dalam masa enam bulan perniagaan beroperasi kami berjaya mengumpul hampir RM50,000 hasil jualan kerongsang tersebut." ujar beliau.

Namun, perniagaan tersebut juga tidak mampu bertahan lama kerana pesaing mula bertambah sehingga keuntungan merosot sedikit demi sedikit.Pada awal tahun 2009, Amran mendapat tawaran kerja di Petronas Carigali. Ketika itulah Amran mula mengumpul modal sekali lagi untuk menjayakan perniagaan dobi yang merupakan impian isterinya selama ini.

"Kami mula bisnes dobi tanpa sebarang pengalaman dan selama lima bulan pertama kami berhadapan dengan kerugian. Kami tidak tahu standard operasi yang betul dan pelan pemasaran yang berkesan."

Setelah menyedari kesilapan yang dibuat, Amran mula membantu isteri dengan merangka strategi pemasaran, menerima kontrak cucian dari agensi-agensi berdekatan dan menjana keuntungan dari perniagaan dan mampu untuk mengajikan pekerja.



Amran menerima anugerah dan pengiktirafan dalam bidang perniagaan francais.


Setelah melihat perniagaan dobi ini berjaya diuruskan, Amran sering menerima panggilan dan menerima kunjungan daripada bakal-bakal pengusaha dobi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar.

"Saya dapat idea untuk membuat kursus dan seminar perniagaan dobi bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini. Niat kami hanya mahu membantu serta berkongsi ilmu supaya mereka tidak mengalami kerugian seperti yang kami lalui."

"Alhamdulillah daripada sedikit hingga kini lebih 2000 orang peserta telah menyertai kursus dan lebih 400 buah kedai dobi yang telah berjaya kami bantu bangunkan," katanya.

Selepas berjaya mendapat keyakinan dari pihak yang terlibat, akhirnya jenama AquaNano mendapat pengiktirafan sebagai francaisor yang berdaftar pada 2013 dan layak untuk mendirikan jaringan francais di seluruh negara.

"Menjadi usahawan perlu kreatif dan berani mengambil peluang, saya mengorak langkah lagi dengan bersama rakan niaga lain membangunkan perisian dobi layan diri yang pertama di Malaysia," ujarnya.

Sehingga kini AquaNano telah mempunyai sebanyak 140 outlet diseluruh Malaysia dan juga Indonesia. Amran memasang impian yang sangat tinggi agar AquaNano menjadi pilihan jenama no.1 bagi perkhidmatan Dobi di Malaysia dan semakin berkembang pesat serta bakal memiliki penambahan 50 cawangan baru didalam tempoh 2 tahun ini.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook