Pelancaran Inspirasi Raya 2016 Anzel Scarf by Anzalna Nasir & Abang Terlajak laris (ATL)

11:39 pm



Lately ramai betul selebriti yang dah mula berniaga online kan? Ye la dengan populariti yang ada masa ni lah nak menambah pendapatan dengan berniaga. Tak ketinggalan, pelakon Anzalna Nasir pun dah mula berjinak dalam dunia perniagaan ni dengan mengeluarkan jenama hijabnya yang tersendiri iaitu Anzel Scarf.
 


Selain nak menambah pendapatan sendiri, Anzalna start berniaga ni sebab nak buka ruang kepada followers dan peminatnya untuk berniaga. Dan Anzalna juga berharap semoga satu hari nanti terbuka hati nya untuk berhijab penuh. Kekuatan strategi pemasaran Anzel Scarf ni pulak dapat kita tengok bila jenama Anzel Scarf ni hasil gabungan Anzalna Nasir dan Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik Negara. Fuh, dah dua nama ni bergabung pasti hasil kebabom meletop gitu! Secara tak langsung sebenarnya, ini juga beri peluang cerah kepada para pengedar Anzel Scarf bagi dapatkan laihan secara percuma dan eksklusif daripada Dato Aliff Syukri dan seterusnya meningkatkan lagi jualan mereka.




Anzel Scarf menampilkamn dua rekaan iaitu plain dan bercorak dengan perincian Kristal sebanyak 75 rekaan. Fuh gila banyak design boleh pilih confirm rambang mata pembeli. Buat masa ini Anzel Scarf dah ada 7 master stokis di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan negeri Sembilan.


Selain Anzel Scarf, majlis pelancaran Inspirasi Raya 2016 ni juga menampilkan jenama baju Abang Terlajak Laris (ATL) dengan koleksi terbaru jubah dan kurta kasual sempena hari raya Aidilfitri yang akan datang ni. Jubah ATL menawarkan tiga rekaan terbaik dengan menggunakan kain jenis cotton viscose, manakala kurta ATL rekaan Fadli Sidek pula menampilkan dua pilihan corak iaitu polos dan batik bercirikan islamik moden (motif arabesque). Jubah ATL ni menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk sesuai untuk dipakai mengikut cuaca Malaysia yang nauzubillah panas betul sekarang ni ha. Kurta batik ATL pulak menggunakan kaedah batik tumpat. Memang cantik!



Selain jubah dan kurta, ATL juga memperkenalkan jubah untuk wanita, dan kanak-kanak perempuan yang menampilkan rekaan polos dengan perincian Swarovski. Tak suka jubah? Takdehal. ATL ada juga baju kurung moden sedondon ibu dan anak yang menggunakan corak abstrak. Boleh lah sedondon satu keluarga di hari raya kan? Tapi…baju kurung moden corak abstrak ATL ni memang cantik lah1 Berkenan rasanya nak beli kalau ada yang kena dengan tema hari raya saya tahun ni.



Hah selain Anzel Scarf, dan juga baju-baju dari ATL, ada juga Kurta Zukiee! Hah kenal tak siapa Zukiee? Ala selebriti media social yang femes dengan video-video lawak dia dengan suara macam kartun kat Facebook tu. Inspired by Zukiee katanya, kurta ini menggunakan kain berkualiti tinggi juga dan sejuk dipakai. Zukiee dapat ilham sebab dia tahu ramai anak muda sekarang suka pulak pakai fesyen kurta yang ringkas dan mudah dipakai ke majlis. Kurta Zukiee menawarkan tiga rekaan dengan enam warna berbeza yang memang menarik perhatian la nak pakai!


Eh sempat pulak jumpa Khai Bahar yang femes dari aplikasi Smule tu kan? hehe.

Hah untuk dapatkan Anzel Scarf dan Koleksi ATL boleh check Instagram di bawah:

Instagram Abang Terlajak Laris (ATL): @abgterlajaklaris
Instagram Anzel Scarf: @anzelscarf_official

Selamat bershopping raya semua!




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook