Buffet Ramadhan Dari Dapur Ummi di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

10:09 am




Dari Dapur Ummi kembali di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur Nak dekat bulan Ramadhan ni memang macam-macam buffet Ramadhan la bakal muncul ya. Sempena bulan Ramadhan ni la banyak betul reunion dengan kawan-kawan la, makan bersama family la. Hah, salah satu pilihan saya bulan Ramadhan tahun ni ialah buffet Ramadhan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur dan tahun ini tema “Dari Dapur Ummi” akan kembali! 


 

 Untuk mereka yang gemarkan masakan kampung yang authentic dan lebih tradisional seperti masakan bonda di rumah, memang ini buffet Ramadhan yang sesuai untuk korang. Diketuai oleh Chef Rossham bin Rosli, Executive Chef di Sunway Putra Hotel dan bersama-sama teamnya akan menyediakan lebih 100 hidangan penuh nostalgia untuk berbuka puasa pada bulan Ramadhan ini. Siap ada macam food stalls berderet penuh makanan ya. Sambungan dari tema tahun lepas, Dari Dapur Ummi tahun ini akan diserikan lagi dengan hidangan yang merupakan resepi turun temurun dari bonda kesayangan chef-chef ni semua. Kira special la ni kalau chef ni semua pandai masak, mak diorang mestilah lagi pandai dan power kan! 

 

credit gambar dari amirnawawi.com 

 Antara hidangan yang disediakan ialah kerabu special yang ada 40 jenis kesemuanya. Kerabu ni memang sedap kalau dapat makan as side dish untuk main course. Antara kerabu yang ada ialah Kerabu isi Kelapa Daun Selasih, Kerabu Tembikai, Kerabu Isi Ikan Pedas dan lain-lain lagi. Tapi Sunway Putra Hotel recommend kerabu yang paling special ialah Kerabu Rampai yang diperbuat daripada pelbagai jenis ulam kampong dengan isi kelapa, yang dijamin akan buatkan korang rasa nak tambah lagi! 

 

Menariknya di Sunway Putra Hotel kali ini akan ada 10 gerai ala kampong style dan pengunjung dapat merasai makanan-makanan tempatan seperti Sup Gear Box di gerai Rebus-Rebus, atau Kambing BBQ, dan juga satay ayam dan lembu di gerai Bakar-Bakar. Penggemar steamboat pula boleh terus ke gerai Celup-Celup dengan pilihan 10 jenis sup dan sos lepas tu boleh pulak ke gerai Panggang-Panggang ada ikan bakar. Fuh lengkap! Gerai Goreng-Goreng pula ada Cucur Ikan Bilis, Cucur Udang, Cucur Kelapa, Cucur Sayur dan Cucur Pisang. Gerai Kukus-Kukus pula menyediakan 10 jenis kuih talam dalam Loyang yang memang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. 

  

Tapi…paling signature untuk Ramadhan Buffet kali ini ialah Nasi Ayam Kampung masakan Chef Rossham yang dipelajari resepinya dari bondanya sejak 24 tahun lepas. Nasi Ayam Kampung tersebut gabungan resepi turun temurun dari Negeri Sembilan dan Sumatera. Selain Chef Rossham, resepi bonda Chef Samsuddin pula menyediakan masakan dari utara seperti Peha Ayam Kicap, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Perut Masak Lemak, dan Rebung yang merupakan resepi turun temurun hingga empat generasi. Chef Mathavan pula menyediakan masakan India yang terkenal seperti Paratel Kambing, dan Sotong Masala. Dan jika korang penggemar daging, korang kena try Rendang Daging Dendeng! Chef Rukedi pulak kongsi resepi bondanya dengan masakan kuih-kuih tradisional seperti Lompat Tikam, Badak Berendam, Ubi Kayu Rebus dengan Kelapa! Meleleh air liur. 

 
credit gambar dari amirnawawi.com 

Buffet Dari Dapur Ummi bermula pada jam 6:00 petang hingga 10:30 malam bermula pada 22 Jun hingga 4 July 2016 sebab tarikh 6 June hingga 21 Jun dah sold out! Ya, SOLD OUT! Hah, kena book awal la ye. Harga buffet ialah RM138 untuk dewasa, RM69 untuk kanak kanak. Untuk sebarang tempahan, boleh terus call 03-40409888 atau email ke [email protected] . Jom makan buffet Dari Dapur Ummi!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook