Makan Malam di Bintang Revolving Restaurant - Restoran Berputar Pertama di Malaysia

5:39 pm



Beberapa hari lepas bila throwback gambar (di atas) makan malam berlatar belakang pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur, ramai tanya lokasinya. Ada yang komen macam view dalam drama-drama. Over tau korang! Sebenarnya ini gambar makan malam di Bintang Revolving Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur. Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan untuk ke sana lagi dan kali ini Fine-Dining terus. Teruja! 

Bintang Revolving Restaurant terletak di tingkat 18, The Federal Hotel Kuala Lumpur. Bintang Revolving Restaurant merupakan restoran berputar pertama di Malaysia. Menikmati makan malam sambil lihat panaroma indah kotaraya Kuala Lumpur sambil berputar 360 darjah memang best! Restoran ni sangat sesuai untuk makan malam bersama keluarga atau dating sambil feel nak romantic bagai ke kan. Ye la sambil makan malam, siap ada pemandangan background KL Tower dan KLCC Twin Towers lagi. 



Antara menu ala-carte yang ada kami makan beramai-ramai malam itu ialah:

 

Pan Seared Scallops with Walnut Sauces and Balsamic Salad , RM28.00

Sempat saya merasa appertizer yang Yazid order ni. 
Sedap juga scallops tu! Terasa walnut sauce nya.



 

Caesar Salad with Garlic Toast, RM19.00

Ini Appertizer juga sebenarnya. Cukup dah ni untuk pembuka selera. 



Prime Rib Eye (200gram), RM 51.00

Saya pilih medium rare cooked dan rib eye ni memang sedap!
tak kering sangat, lil bit juicy and I cant believe boleh habis seketul rib eye ni. 


Grilled King Prawn with Herb Butter, RM57.00

Ini pilihan Shahril. Katanya tak puas makan King Prawn dua ketul tapi memang sedap dan rasa herb butternya. Penggemar seafood boleh order ni.


Colonial Style Chicken Chop served with Coleslaw and French Fries, RM 42.00.
Additional butter rice, RM 5.00.

Ini pilihan Muhammad. Sesuai dimakan kalau perut betul lapar dan bukan nak fine-dining yang relax. Awak lapar sangat eh Muhammad? haha!




Grilled Salmon RM 53.00

Siapa je tak suka salmon? Sedap gila kot salmon grilled!



Mixed Grill (Prawn, Lamb,. Chicken, Beef) RM 59.00

Tak tahu nak pilih mana? Hah order macam apa Yazid order ni. Terus dapat semua in one plate.


Haagen Dazs Chocolate Paradise, RM 32.00


Haagen Dazs Going Banana, RM 31.00


Haagen Dazs Blackforest Sunday, RM48.00

Dah habis appertizer, and main course mesti lah kami perlukan dessert dan siapa je nak menidakkan kesedapan aiskrim Haagen Dazs? Nyummmms.



Selain Ala-Carte menu seperti di atas, Bintang Revolving Restaurant juga mengadakan set promo. 

Untuk bulan May, mereka menyediakan:

 Ocean Fusion 3-Course Set Dinner
5pm - 12am
RM78 nett per person

Seafood Soup with Homemade Garlic Bread
Fish & Chips served with Coleslaw & Tartar Sauce
Bread Butter Pudding with Vanilla Ice Cream

Untuk bulan Jun, mereka menyediakan:

Thai Fusion 3-Course Set Dinner
5pm - 12am
RM78 nett person

Thai Green Mango Salad with Garlic Butter Toast and Orange Segment
Char Boil King Prawn with Spring Vegetable and Thai Three Flavour Sauce
Cheese Cake with Strawberry & Mango Coulis


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan:

Bintang Revolving Restaurant,
The Federal Kuala Lumpur
35, Jln Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur

Tel: 03-21489166
Website: www.fhihotels.com


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S