Johor Trip: Supper di Bigdaddy's Family Cafe, Johor Bahru

7:57 am



BigDaddy's Family Cafe


Selepas menonton perlawanan antara JDT dan Penang malam tu, sempat kami singgah supper ke salah sebuah café hipster di JB ni, iaitu BigDaddy’s Family Café. Fuh sampai je dah terhidang makanan atas meja sebab team Legacy dah sampai dulu. Ada pelbagai makanan yang dah disediakan untuk kami berpuluh orang serbu café tu malam tu. Dah la selain kami, ramai juga pengunjung café ni malam tu. Fuh, fullhouse terus hah! BigDaddy’s Family Café ni terletak di Bandar Baru Uda. Takde la rasa jauh sangat pun dari Stadium Larkin malam tu.



Credit photos by Najeeb

First impression masa masuk dalam BigDaddy’s Family Café ni, saya suka gila dengan deco kedai ni. Agak santai, relax dan memang hipster! Siap ada kedai gunting rambut dalam café okayh! Rare sungguh rasanya. Mungkin senang untuk yang tetibe nak potong rambut tu boleh lah terus ke BigDaddy’s Barber dalam café ni sekaligus dinner terus ke kat situ. Hah kan senang kerja korang kalau dah dua benda dalam satu tempat. Idok ke jimat masa korang tu. 


Credit photos by Najeeb

 Berkonsepkan family-café sinonim dengan namanya BigDaddy’s Family Café, café ini mula beroperasi sejak tahun 2015 hasil gabungan usaha bersama-sama ahli keluarga dan sokongan rakan terdekat. Dekorasi kedai juga mostly adalah Do-It-Yourself atau DIY, dan pelbagai menu pilihan disediakan untuk pengunjung. 


Mee Goreng Mamak


Chinese Mee Hoon


Penang Kueh Teow

 Pelbagai menu pilihan disediakan antaranya masakan tempatan seperti Nasi Sotong Bigdaddy,Nasi Kukus Ayam Serai Rempah, Nasi Pecel Lele, Nasi Goreng Bigdaddy, Mee Udang dan lain lain. Ada juga western food seperti Grilled Beef Steak, Fish & Chips, Creamy Meatballs, dan juga burgers seperti Soft Crab Bite, Daddy’s Beef Bite dan Crispy Chicken Bite. Selain masakan tempatan dan western foods ada juga dessert seperti pisang goreng cheese, cheesy tiramisu with ice cream, brownie ice cream, dan banana split. Kalau taknak makan berat boleh pilih something light macam snacks seperti Daddy’s Nachos, Cheezy Wedges, Chicken Nugget dan Fun Fries. 


 

Menu di BigDaddy's Family Cafe

Pelbagai pilihan minuman juga ada disini tapi BigDaddy’s Special menu untuk minuman ialah Ice Jelly, ABC Bigdaddy, Soda Herbs, Green Tea dan juga Kedondong Asam Boi. Yang pastinya tengok nama makanan pun boleh teruja dah sampai rambang mata nak memilih. Harga pn agak berpatutan juga. Tengok lah menu kat atas ni banyak pilihan kan?


Creamy Meatballs


Fish & Chips


Grilled Chicken Chop


Daddy's Nachos


Pisang Goreng Cheese with Ice-Cream

Malam tu sempat saya merasa Pisang Goreng Cheese with ice-cream yang nauzubillah banyak betul portion dia sampai kena berkongsi 5-6 orang habis. Dengan ada 4 flavour berlainan atas plate tu, cheese yang berjemaah bertaburan atas pisang goreng dan aiskrim vanilla yang ditabur biskut oreo dan chocolate syrup yang sedang meleleh atas pisang goreng cheese, pergh ada meleleh tak airliur korang sekarang ni? Lepas tu saya makan pulak Creamy Meatballs malam tu. Fuh, meatballs dia memang terbaik lah! Rasa beef tu memang full dalam meatballs tu lagi menyelerakan bila sos creamy tu melimpah atas meatballs. Tambah selera bila ada French Fries pulak bersama meatballs tu. Makan panas-panas memang ummmph! 



Selain tu, sempat juga share merasa Fish & Chips. Grilled Chicken Chop pun sempat saya jamah merasa orang sebelah punya. Fuh, sedap gila makan malam tu bila dah kepenatan baru pulang dari Stadium kan. Haha. Tak lupa juga, Daddy’s Nachos juga sempa masuk ke dalam perut malam tu. Kemain saka meroyan tengah malam. Air pula saya minum Jus Carrot dan Green Tea. Sedap gila okayh! Sambil santai lepak makan malam tu dengan Along Cham Raja Lawak yang duduk depan saya buat lawak dan serius berulang kali, kekenyangan sebab tak sedar pun makan banyak.


Credit photos by Najeeb

BigDaddy’s Family Café dibuka dari jam 12 tengah hari hingga jam 2 pagi. So memang kami fully utilized malam terakhir di JB tu dengan lepak sampai ke pagi di BigDaddy’s Family Café tu. Haha! Dengar kawan-kawan JB bagitahu, BigDaddy’s Family Café ni memang tempat pilihan orang-orang muda untuk lepak santai sambil ber-shisha. Lokasi pun senang cari berhadapan dengan Perodua Bandar Baru Uda je dah Nampak dah BigDaddy’s Family Café ni. Lepas lepak Kilang Bateri ke mungkin boleh terus lepak makan BigDaddy’s Family Café pulak? Hipster sungguh dak dak JB ni. Gerek seyh! 



Credit photos by Najeeb

Maklumat lanjut tentang café hipster ini: 

BigDaddy’s Family Café 
28, Jalan Padi Emas 6/1, 
Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru. 

Tel: 013-4331204 (Jeaa) 


You Might Also Like

1 comments

  1. Wah.. menarik artikel ni.. blk jb nnt, le lah bro cuba restoran ni..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook