Johor Trip: Menikmati masakan melayu kampung di Restoran Seri Bayu Perdana, Johor Bahru

7:45 pm


Kebetulan, baru sahaja menikmati masakan royale terus dari Chef Istana Johor minggu lepas, saya dapat jemputan ke Johor Bahru pula untuk hadir ke majlis pelancaran minyak wangi JDT Southern Tigers by Legacy dan juga menonton perlawanan bola sepak di antara JDT lwn Penang. Pagi tu bertolak jam 9 pagi, terus sampai Johor Bahru je singgah makan tengah hari di Restoran Seri Bayu Perdana, Johor Bahru.


Terletak di Jalan Susur Dewata1, Larkin Perdana, restoran ini menghidangkan pelbagai juadah masakan melayu kampung. Fuh memang banyak lah. Masuk je terus ambil pinggan dan cedok mana-mana lauk yang berkenan. Entah kenapa, ayam bakar kat restoran ni saya rasa yang paling sedap antara semua! Bertambah jugak lah makan ayam je. haha! 



Restoran Seri Bayu Perdana ini sangat terkenal di kalangan orang Johor sendiri dan juga pelancong-pelancong dari Singapura, Batam dan lain-lain. Ye lah, kedudukan strategik juga berdekatan dengan Singapore dan Batam kan? Pemiliknya Hj Wahab bin Muslim berkata, Restoran Seri Bayu Perdana mula beroperasi sejak tahun 2000, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dibuka pula seawal jam 6.30 pagi hingga 6.30 petang. 


Antara menu kegemaran yang disukai ramai, sebelah pagi ada sarapan nasi lemak daun pisang yang sangat popular, dan juga 75 jenis lauk pauk di waktu tengah hari. Fuh, memang banyak sampai rambang mata nak makan apa! Harga juga sangat ekonomi dan berpatutan serendah RM5 untuk 1 set makan yang mengandungi nasi, lauk dan juga sayur. Air yang disediakan juga banyak pilihan. Hah, kedai ni peak hournya bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kira penuh sesak la orang nak makan sini sampai licin 75 jenis lauk tu hah.

Antara juadah yang dihidangkan:
















Selain itu, sempena bulan Ramadhan akan datang ni, Restoran Seri Bayu Perdana juga akan menyediakan lauk pauk ekonomi dengan harga berpatutan, tapi tiada buffet ramadhan bermula jam 2.00 petang hingga 9.30 malam. ye lah, bulan puasa boleh berjimat cermat tak perlu berlebihan dan zuhud gitu. Pening nak makan apa atau bazar ramadhan harga hipster sangat boleh lah ke Restoran Seri Bayu Perdana ni beli juadah berbuka puasa ye dak? Restoran Seri Bayu Perdana juga menyediakan katering.





group photo by Najeeb 


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi mereka di 019-7344646.

Restoran Seri Bayu Perdana,
No 15 & 17, Jln Susur Dewata 1, 
Larkin Perdana,
80350 Johor Bahru,
Johor, Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook