Buffet Selera Ibunda di Restoran Bijan
3:57 am
Setiap kali bulan Ramadhan hadir, Restoran Bijan mesti ada Buffet Ramadhan dengan temanya sendiri. Teringat waktu bekerja dengan Startup Malaysia dulu, kami sama-sama berbuka puasa di Restoran Bijan. Sampai sekarang lah teringat betapa sedapnya juadah berbuka puasa di Restoran Bijan. Dengan ciri-ciri klasik, tradisional dan makanan authentic dan tradisi kampung yang dibawa, memang berbuka puasa di Restoran Bijan tidak pernah mengecewakan.
Sous Chef Mohd Shawal dan team nya kali ini akan membawa kita jauh ke masa lampau dengan mengimbau segala memori lama tentang juadah yang sudah lama dilupakan generasi kini. Dengan gabungan resepi tradisi dan resepi moden, Sous Chef Mohd Shawal berjaya membawa kami ke masa lampau. Kat mana lagi nak jumpa makanan-makanan trdisi melayu macam ni?
Mari kita lihat apa yang ada...
Mango Cheesecake - lembut, terasa banyaknya cheese tu dan totally amazing!
Aneka Kuih Muih; Kuih Akok, Pulut Panggang, Kuih Kaswi dan Lepat. Saya makan Kuih Akok dan Kaswi and the taste is awesome. Both kuih always be my favs.
Kuih Apam Kelapa - sangat sedap dan terasa macam betul-betul ibunda di kampung yang buat.
Sotong Sambal Hijau - texture sotong tidak liat dan terasa sambal hijau nya. memang sedap!
Ketam Masak Cili - punya sedap dapat makan ketam masak cili ni sampai saya tolak tepi sudu dan garfu, dan makan guna tangan. itu lebih nikmat bukan?
Rendang Hitam Tok Wan - Memang kalau nak makan rendang tok ni saya dapat di kampung ayah di negeri Perak sana hah masa raya je. Nasib baik di Buffet Selera Ibunda ni pun ada!
Opor Ayam - lemak berkrim habis. sedap!
Nasi Kerabu - rindu masakan negeri Che Siti Wan Kembang? dapatkan di Buffet Selera Ibunda!
Ikan Kurau Cili Padi Pisang Kapas - masa ni teringat ada guest lain tanya, memang sedap ya pisang letak dalam masakan gulai ikan begini? oh semestinya!
Pucuk Paku Cendawan Sisir - mana nak cari pucuk paku di tengah kotaraya kuala lumpur ni kalau tak Restoran Bijan?
Daging Salai - memang disalai sebaiknnya sampai berulang kali makan daging salai ni. Lembut, dan cooked well.
Kailan Ikan Masin - pelengkap juadah berbuka puasa.
Rendang Udang - sellau makan rendang daging dan ayam je. bila dapat rasa rendnag udang ni, oh boleh tahan sedap!
Cucur Udang - setiap kali datang ke Restoran Bijan, ini memang kegemaran. Rangup dan udang yang tersembunyi didalamnya memang sangat juicy, besar dan enak!
Ketupat Palas, Roti Jala & Kari Ayam - susah nak jumpa roti jalan yang sedap macam ni. nak buat sendiri tak pandai menjala haha!
Ayam Bungkus Kelapa Manis - seakan-akan otak otak ikan, tapi ianya ayam. menarik!
Sagu Gula Melaka dan Kek Cokelat Durian - salah satu kegemaran kami malam itu, asal topup je habis licin kek tu. durian yang sebenar, bukan cream. sedap gila!
Banyak lagi pilihan makanan di Buffet Selera Ibunda ni dan setiap juadah akan ditukar bergilir-gilir setiap hari termasuklah makanan di grill station dan live-cooking stalls. Wow! Lebih banyak menu panggang nampaknya.
Selera Ibunda Buffet available pada10 Jun hingga 3 Julai 2016 bermula jam 6:45 petang sehingga 9:30 malam. A-la-carte menu pula available selepas jam 9:00 malam. Harga untuk Selera Ibunda Buffet ialah RM90++ per person. Ya, ada promosi harga early bird juga iaitu RM78++ per
person untuk tempahan sebelum 10 Jun 2016. Sebarang pertanyaan boleh terus email kepada [email protected] atau hubungi 03-2031 6568.
Bijan Bar & Restaurant - Fine Dine Malay Cuisine
No 3, Jalan Ceylon,
50200 Kuala Lumpur.
0 comments
drop your comment here!