Mauritius destinasi terbaru AirAsia X

8:25 am



Cantik kan Mauritius ni? Ala-ala paradise island gitu. Ha...siapa tahu di mana terletaknya Mauritius? Terletak di pantai Tenggara benua Afrika, Mauritius dahulunya adalah pulau gunung berapi dan kini terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir putih, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi. Fuh, complicated nak explain, korang google maps je lah tak pun tengok atlas peta dunia atas glob dalam makmal sains! Tapi Mauritius ni memang cantik dan terkenal sebagai volcanic island yang mempunyai lagun dan batu karang yang cantik! Dan tahukah korang bahawasanya Mauritius ni kecil je? Hanya 45KM lebar dan 65KM panjang? Fuh. Dan dengan mempunyai 9 district, sebenarnya ada beberapa aktiviti boleh kita buat di pulau kecil ini. 



Selain diving, snorkelling, hiking, trekking dan island hopping di Mauritius, salah satu yang menarik perhatian saya nak ke Mauritius ni ialah Chamarel Seven Coloured Earth di Mauritius. Gila cantik ingatkan bukit rupanya pasir? Fuh. Tujuh warna ni ialah fenomena natural dan terjadi oleh sebab proses penukaran dari balastic lava ke clay minerals. Antara fakta menarik ialah, bila korang try untuk mix together pasir tu, they eventually akan separated jugak dalam layer berlainan. Hah macam mana tu? Nak tahu kena lah try kan?


Berita baiknya untuk yang teringin nak ke Mauritius, anda boleh terus login ke www.airasia.com mulai tengah malam ini sebab AirAsia X baru je umumkan destinasi terbaru mereka iaitu MAURITIUS! AirAsia X satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa henti di antara Kuala Lumpur dan Mauritius, dengan penerbangan 3 kali seminggu bermula 4 Oktober 2016 dan tambang termasuk semua dari serendah RM299 sehala sedia ditempah mulai 26 Mei hingga 5 Jun 2016. Fuh tempting nya!

Destinasi baru ini akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan kapasiti sebanyak 377 tempat duduk termasuk 12 tempat duduk Premium Flatbed. Laluan ini menandakan destinasi Kumpulan AirAsia X yang ke-22 di seluruh rangkaian laluannya. Tambang termasuk semua dari serendah RM299 sehala untuk tempat duduk biasa, dan dari RM999 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbeds! Tempoh perjalanan untuk promosi ini adalah dari 4 Oktober 2016  sehingga 22 Mei 2017. 


Antara aktiviti menarik lain yang korang MUST VISIT dan cuba di Mauritius ialah:
- berehat di pantai Belle Mare, pantai terpanjang di Mauritius
- scuba diving kerana pulau ini terkenal dengan keindahan bawah air yang sangat baik dan suhu panas yang menarik pelbagai hidupan laut
- Underwater Walk, berjalan di dasar lautan dengan menggunakan sebuah helmet oksigen. 
- melawat kota bersejarah, Port Louis yang menawarkan pelbagai jenis Tugu Peringatan penjajah
- ke Grand Bassin, di mana terletaknya patung Shiva yang kedua terbesar di dunia di pintu masuk ke tasik kawah semulajadi di kawasan pergunungan. 


Hah, apa lagi? Jom ke Mauritius!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook