Johor Food Cultural & Craft Fest 2016: Jom cuba makanan tradisi Johor!

1:45 am


Siapa suka makanan Johor? Fuh, Johor tu boleh dikatakan syurga makanan jugak. Bila sebut je Johor terus craving Laksa Johor, Mee Bandung Muor, dan macam-macam lagi lah kan? Hah, tapi Johor jauh dari Kuala Lumpur kalau takde transport macam mana nak pergi kan? Jangan risau! Ada penyelesaian masalah untuk yang mengidam tetibe nak makan makanan Johor ni. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Tourism Johor akan mengadakan Johor Food Cultural & Craft Festival 2016 pada 18 hingga 27 May ini sempena menyambut Citrawarna Malaysia 2016. Tak perlu nak drive atau naik bas ke Johor yang sejuah 300++ kilometer tu ha. 



Sempena Johor Food Cultural & Craft Festival 2016 ini, Zende restaurant akan membawa masakan Johor terus ke hati anda. auch! Dan untuk mengekalkan keaslian masakan tradisi Johor, Tourism Joho membawa seluruh pasukan Chef dari Johor sendiri untuk prepare semua makanan. Diketuai oleh Chef Kusha Haron, seluruh pasukan chef ini akan bekerjasama dengan pasukan dari kitchen Seri Pacific Hotel, menyediakan semua makanan kegemaran untuk semua pelanggan. 

Mari kita lihat beberapa menu yang bakal dihidangkan:



Bubur Harissa 


Tulang Lembu Masak Gulai Daun Kesum


Laksa Johor


Sayur Rampai Masak Lemak Dengan Keledek



Nasi Kuzi Ayam


Sotong Masak Hitam

 

Acar Rumpai


Kuih Bahulu Lapis dan Tembosa Daging



Hah banyak lagi sebenarnya hidangan yang bakal disediakan. Nasi kambing beyh royale, nasi ambeng, daging ayam masak opor, tetel lembu masak gulai, udang masak sambal tumis belimbing buluh, Botokk-botok, otak-otak, pepes, urap daun pegaga, batang keladi masak asam, sambal goreng istana, bubur som som, bubur asyura, halwa maskat, air beyh royale dan sebagainya. Sambil menjamu selera nanti, akan ada juga persembahan kebudayaan negeri Johor. Persembahan akan diadakan ketika waktu makan tengah hari dan makan malam setiap hari. Lobby Seri Pacific Hotel juga akan diubah menjadi mini Johor yang lengkap dengan pameran seni dan kraftangan dari Johor. 

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan boleh terus hubungi:

Tel:
 03-40494351 / 03-40494352 

Email:

Website:

You Might Also Like

3 comments

  1. sedapnya.. ini yang homesick dah ini nak balik Johooooo :')

    salam perkenalan, done follow, jemput singgah, komen dan follow balik, terima kasih

    http://neezaohneeza.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. ho ho ho ... sodap nye...
    cik neyra bile nk tron jb lagi ???
    muehehehe

    http://kaissi.my

    ReplyDelete
  3. baru brapa kali je ke johor. nextime ke sana ajak laaaaa

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook