Ramadhan Dinner Buffet di The Resort Cafe dan Cafe West, Sunway Resort Hotel & Spa

9:44 pm



Bulan Ramadhan dah nak dekat ni, macam-macam lah dinner buffet yang sedap-sedap semua menanti kan? Ha, nak kemana je kita nanti? Baru-baru ni berkesempatan ke Ramadhan Dinner Buffet Preview di The Resort Cafe, Sunway Resort Hotel & Spa. Wahhhh masuk je ke sana, dah macam teruja tengok pelbagai makanan terhidang depan mata.



 

 

Sempena bulan Ramadhan akan datang, dua restoran iaitu The Resort Cafe di Sunway Resort Hotel & Spa dan juga Cafe West di Sunway Pyramid Hotel West akan menghidangkan buffet dinner yang menawarkan lebih daripada 400 makanan authentic dan local bermula dari 6 June sehingga 5 July 2016. The Resort Cafe terletak di Lobby Level, Sunway Resort & Spa manakala Cafe West terletak di Level 8, Sunway Pyramid Hotel West. Dinner Buffet akan bermula jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam, dengan harga RM168 untuk dewasa, dan RM68 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

 

 

Pelbagai makanan disediakan akan mengimbau kembali nostalgia makanan-makanan tradisional dari seluruh negara. Tapi yang menarik perhatian saya tempoh hari ialah 25 jenis sambal yang bakal dihidangkan untuk Ramadhan Buffet Dinner kali ni. Peminat sambal mesti suka ni. Macam syurga sambal untuk mereka. Rakyat Malaysia ni kalau takde sambal tak sah kan? Ya lah, sambal ni macam sejenis makanan tambahan untuk menambah kick dalam makanan. Memahami kehendak rakyat Malaysia yang suka kan sambal ni, sepasukan 60 orang chef dari The Resort Cafe dan Cafe West bergabung menyiapkan 25 jenis sambal dengan menggunakan pelbagai bahan dari buah-buahan hingalah ke sayur-sayuran dan pelbagai jenis rempah ratus. Hanya 8 jenis sambal akan dihidangkan secara bergilir-gilir setiap malam.

 

25 jenis sambal yang akan dihidangkan ialah Sambal Kicap, Sambal Belacan Bonda, Sambal Mangga, Sambal Bawang, Sambal Limau Pedas, Sambal Tumis Cili, Sambal Bawang Ikan, Sambal Petai, Sambal Tomato, Sambal Daun Limau Perut, Sambal Cabai Hijai, Sambal Mata Cili Padi, Sambal Kelapa, Sambal Nenas, Sambal Tempoyak, Sambal Kacang Berlada, Sambal Air Assam Lada, Sambal Budu, Sambal Cincalok, Sambal Ketumbar, Sambal Thai Som Tam, Sambal Berlada, Sambal Kelapa Pudina, Sambal Bunga Kantan and Sambal Pedas Lemon. 15 jenis ulam-ulaman juga akan dihidangkan untuk melengkapkan hidangan sambal ini. Antaranya ialah Daun Pegaga, Ulam Raja, Daun Selom, Kacang Botol, Petai, Jering, Terung Pipit, Daun Mengkudal, Daun Selasih, Pucuk Ubi, Kobis Bulat, Daun Kadok and Jantung Pisang.
 

 

Selain tarikan 25 jenis sambal bersama 15 jenis ulam-ulaman, ada juga Roasted Jumbo Beef Leg dan Venison, yang chef sendiri akan hiris dagingnya terus ke pinggan korang. Seberat 28kg, dagingnya direbus selama 2 jam, lepas tu dimarinate dengan rempah ratus tempatan dan campuran herba sebelum dipanggang selama 4 jam. Wah, memang sangat juicy dan sedap serta lembut dagingnya!

 

Selain itu, ada juga Sup Gear Box. Fuh, minum sup hirup dengan straw! Nikmat syurga makan sangat ni sebab chef masa sup gear box ni dengan api perlahan selama 8 jam! Nampak effort tu? Rugi tak merasa kan. 

 
 
 

Kami juga berkesempatan melihat sendiri bagaimana chef menyediakan Chee Cheong Fun. Wahhh begitu teliti dan rumit time nak gulung Chee Cheong Fun ni. Sedap pulak tu! Mari kita lihat lagi pelbagai juadah yang bakal dihidangkan. 

 


  


Telan airliur je la tengok kan? Kalau nak merasa juadah Ramadhan Buffet yang sedap ni jangan lupa singgah ke The Resort Cafe dan Cafe West, Sunway Resort Hotel & Spa!

Sebarang reservation dan purchase sebelum 5 Jun 2016 layak mendapat harga early bird iaitu RM98/pax. Normal price RM168 okayh? Baik dapatkan harga early bird tu. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan boleh terus hubungi  +60 3 7495 2009 atau lawat www.sunwayhotels.com.

Selamat menjamu selera!

The Resort Cafe, 
Sunway Resort Hotel & Spa,
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya,
Selangor















You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook