masak memasak

9:52 pm

08 JUN 2009

Menaip pada 08 jun 2009. Bersama broadband celcom yang lambat macam siput, dan line telefon maxis yang masih tidak dapat digunakan. Hidup bosan. Maka, aktiviti memasak dilakukan.

Photobucket

ini mee kungfu buatan kami.

Kenal kah apa itu mee kungfu? Mee kungfu? Ya, cik eyra bersama adik dan sepupu telah menghasilkan mee kungfu yang sedap. Baiklah, kepada kedai makan haslinda, awe, dan mek long di sekitar rumah sewa saya… harap maaf. Pasti penggemar mee kungfu ini tidak akan wujud lagi di kedai-kedai anda oleh sebab dia sudah mahir memasak mee kungfu kegemarannya. Hahahaha…


*resepi di ambil dalam internet. Dunia di hujung jari je.
Mahu resepi sila search sendiri. Hahahaha.



09 JUN 2009


Celcom Broadband sedikit maju hari ini. Cuma, maxis masih tiada fungsinya lagi.
Omaigod. Weyh maxis! What happened?

Photobucket

ini kek pisang pelik dari kami.

Hari ini aktiviti membakar bersama oven baru diteruskan. Menu hari ini; kek pisang. Hasil eksperimen kami kelihatan pelik. mungkin kerana mereka memandai-mandai menabur kepingan pisang dan menabur chocolate rice di atas nya. ye, mungkin kelihatan pelik tapi rasa nya sangat sedap.


Photobucket

novel hut ini tempat kesukaan saya.

petang;

kami ke bandar ipoh. ke mana kah? ke ipoh parade sahaja. tempat pertama, menuju ke novel hut. yes, ini tempat kegemaran saya. niat di hati mahu mencari buku tetapi tiada masa yang mencukupi untuk melepak dengan lebih lama.

berjalan-jalan agak lama di dalam ipoh parade tanpa membeli apa-apa. akhirnya, kami ke rumah pakcik saya pula. di mambang di awan, kampar. melepak pula disana. melihat keletah bayi-bayi yang ada membuatkan rumah itu sangat kecoh. huh, serabut pula.



10 JUN 2009



Photobucket

saya kelihatan agak pucat pagi ini.

Photobucket

saya rindukan dia.

pagi;

talian maxis masih tidak dapat digunakan.

bersarapan. akan bergerak pulang ke kuantan sebentar lagi. sempat menjual tudung kepada makcik-makcik dan sepupu-sepupu saya. jualan tudung amat memuaskan. bergerak pulang selepas itu. sempat berhenti makan tengah hari di restoran jejantas, sg. buloh. menikmati sate kajang hj. samuri.

Photobucket

terjumpa ini. tapi tiada mampu membelinya.
Rm99.90.


tiba di KL, masih sempat ke bandar utama. kami ke One Utama. membeli-belah di sana. saya hanya sempat merembat seluar jeans jenama scarlet. selepas discount, hanya berharga rm19. sila membuat serbuan ke jusco berhampiran. sales sehingga 14 jun 2009.

tiba di kuantan pada pukul 10.30 malam selepas berhenti makan di bandar kuantan sebelum itu.penat. tidur keletihan.



11 JUN 2009

nekad ke maxis centre hari ini. sempat membuat salinan sms dan no telefon di dalam sim kad maxis. ke maxis centre, membuat sim kad baru. selepas empat hari saya kehilangan nyawa akibat ketiadaan talian maxis saya.

berhasrat mahu mendaftar youth club maxis. lupakan.

pulang ke rumah. penat.






You Might Also Like

7 comments

  1. nyum2 cm dpt jer mee 2..
    hehe..
    eee per bnde alah 2..
    x cm kek pisng pon..
    eeeyukkk!!!!
    hdoh jer rupe die..
    hahahahaa...
    eh2 cik rara mmkai bju yg dibli ri2..
    tized kn???
    ahahahahaha..

    ReplyDelete
  2. eeee x cdp!!!!!!!!!
    uekk!!
    ahaha

    ReplyDelete
  3. aikkkk
    datang ipoh ehh?
    hihi, novel hut sangat seronok utk mencari buku kan..

    ReplyDelete
  4. izza;
    yes. dtg sana. sebab balik kg. dr sekolah lg ske novel hut

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook