update blog saya secara marathon

9:07 am

Update blog secara marathon


Semakin busy dengan hal-hal Negara dan rumah tangga semua. Maka saya akan sedaya upaya meng-update blog saya ini secara marathon dan bukan berlari-lari anak. Sekarang ni, kalau nak update pun 1 entry cerita pasal 2 hari. Aishhh busy betul!

Photobucket

Finally! Dapat juga tengok Transformer last Sunday. *cessss…orang laen dah tgk 2 atau 3 kali dahhh…aku baru dapat tgk? Lambat betul! nak buat camne...tunggu budak2 ni asyik sekolah je. hahaha...* pergi tgk TF kat berjaya megamall, pukul 12:55 pm, hall no 1, seat G10-G13 *ces...bagitahu dengan penuh detail mcm la ade org pegi tanya…hahaha...kalau boleh sebenarnya nak booked 1 hall terus!* huisssshhhh kenapa banyak seat? Tengok dengan siapa? Dengan syamil, pikah, azza dan nazib. Sangat lah ramai orang hari tu! Nasib la dah beli awal 2 hari. Kalau walk in hari nak tgk wayang tu memang takde ler… sold out sume. Sumpah ramai gila org! macam ade orang tgh buat kenduri kawen ape ntah. Dah la mcm ade rombongan sekolah mana entah pergi tgk wayang secara bergotong-royong. Siap bawak ke-ep-sie, mekD, semua bagai…korang engat nak pegi piknik ke hape? Cessss…meroyan pulak tiba-tiba. Sila kawal diri. Lantak mereka lah mahu bawak ape pon, bukan amoi GSC tu bg bwk masuk pun kan?

Anyway, TF sangat seronok! Best gilew! Paling kelakar tgk jetfire yg dah berkarat tua tuh buat lawak. Paling sedeyh tgk optimus prime mati. Paling syok tengok Megan Fox sexy dengan Shia LaBeouf bercinta dan paling cair tgk Josh Duhamel yang hensem gilew sampai jatuh hati. Sudah2… ta payah susah2 mahu buat review panjang2. Pegi tgk sendiri oke? Kesimpulannya, saya mahu tengok TF lagi sekali! Atau dua kali lagi mungkin? Itu yang kita tak tahu… *encik nuek, sila lah pulang ke kampong halaman dengan kadar segera. Sudah rindu sama kamu. Eh bukan. Sudah bosan menunggu kamu. Mahu shopping sama kamu, tgk wayang, pow kamu suruh belanja semua. Hahaha*

Then kami ke ECM. Masuk Carrefour, shopping semua barang mahu bawa pulang ke rumah sewa masing2. Cesss…mcm lah kat KL tak boleyh shopping. Sungguh tergoda dengan semua sales punya pasal. Berhabisan sebanyak rm200. Shopping secara marathon juga sebab kesuntukan masa. Ade tetamu mahu datang ke rumah. Tetamu? Siapakah? Customer saya mahu datang rumah, bayar duit tudung. Hahaha. Sangat seronok jual tudung. Sapa lagi mahu beli? Cepat2. Penghabisan stok ini. hahaha. Malam itu, sempat call cik ainy. Gossip sama dia perihal anak saudara nya yang dikata kan agak sedikit mental. Sabar je la ye cik ainy. Sempat juga bergosip sama kak yun. *Dunt worry kak yun, nanty eyra datang rumah kak yun, kita gossip sakan oke? Kita dua je. Ainy boleh pegi main jauh2 dengan arif. Hahaha.*

.
.
.
.

Oke sudah2 berita hari ahad di hujung minggu yang bosan itu. Hari ini, isnin… petang tadi ke CIMB jalan beserah yang mcm bangang dan bikin semua org hangin. Adik ku mahu bukak akaun baru. But, kami kan sedang memiliki IC sementara buat masa ini. boleh pulak dah makcik tua yang kerja kat CIMB tu cakap, tak leyh buat urusan bank guna IC sementara? Eh apa kao engat tak laku ke IC sementara ni? hari tu buat bank draft kat CIMB depan megamall tuh boleh je guna IC ni? kalau dah malas, tu cakap je ah. Memang semua sudah sedia maklum, CIMB jln beserah tu mcm2 hal. Semua staff mcm malas buat keja. Pegi makan gaji buta sahaja mereka tahu. Ciskek! Sudah2…malas mahu marah2 semua…

Photobucket

Petang tuh juga, sempat ke pasar malam. Mcm biasa la, setiap hari isnin, ada date sama pakcik jual pokis dengan abg jual telur puyuh. Lautan api sanggup ku redah, apatah lagi hujan lebat itu. Sampai abis basah semua lenjun teruk semata-mata kerana pokis panas, dan telur puyuh sedap itu. Maaf la pakcik jual pokis dan abg jual telur puyuh sebab date kali ini kurang sempurna. Eh eh apa itu pokis? Ramai betul tertanya-tanya, lebih-lebih lagi cik apiih sering tertanta-tanya di twitter. Gambar di atas menunjukkan pokis panas yang wajib saya beli. Sudah kenal? Apa? Tidak pernah jumpa? Mungkin hanya ada di sini. Sebab di KL juga saya tiada pernah bertemu sama itu pokis. Hahaha. Sedappp pokis panas pakcik ni. terima kasih sebab bagi lebih td. Sayanggg pakcik pokis. *sah meroyan tak tentu pasal*

Eh tiba-tiba penat. Sedikit penat lah sejak akhir-akhir ni. mungkin sebab sudah lupa sama game sorority life dan mood kembali ke kolej akan tiba. Ha ha ha. Sumpah ta sabar nak balik kolej! *gila apa?* good nite semua… noktah.







You Might Also Like

19 comments

  1. sumpah x sbr nak blik kolej????huhu..ke sumpah aku rindu sue..wakakakka

    ReplyDelete
  2. sumpah x sbr nak blik kolej????huhu..ke sumpah aku rindu sue..wakakakka

    ReplyDelete
  3. sengal ko terserlah sebab post comment 2x dan sebab perasan aku rindu ko. bluerkkkkk :P. sumpah TAK rindu. lagi rindu cik jiji. hahaha. tak rimdu cik ryry

    ReplyDelete
  4. best tgk TF..haha..sedapnye nmpk pokis..haha..tringin nk merasa..best r bc updte ni,lbh2 lg name i trpampang kt blog u..wahahahaha..nk blk kolej?sem ke brape?Hehe..

    ReplyDelete
  5. jiji???iji ke??hahhaa..

    ReplyDelete
  6. apiih;

    kan i dah ckp i nak update blog pasal pokis uk u...dah update ler ni. special 4 u! ahahahah. pokis tu gebu kan? sedap makan panas2. selamat berkenalan sama cik pokis. hahaha

    TF mmg ler best. sumpah best! tak bosan walaupun 144 minit. hahaha

    blik kolej 9hb july, dah final sem... huhu...sem 7 dah...

    ReplyDelete
  7. xxx; hahahaha. memang la. aku pomote tudung kat dea td. tau dea jawab pe? "oke2...aku ta nak free hair dah sem depan" hahaha. gila!

    ReplyDelete
  8. Final sem dh..ooo..khas utk i kew?owh...trharunye...hahahaha..

    ReplyDelete
  9. apiih; sila terharu dengan bangga nya

    ReplyDelete
  10. Amatlh terasa bangga..uish..byknye komen,ckuplah..lyn twitter jap..haha..tau x,kite ni on9 gne tpon je..haha..amatlh slo skali..haha

    ReplyDelete
  11. ouh..tu ka pokis..
    kt png panggil kek pe tah~

    jeless..i x dpt tgok TF lg!!!

    ReplyDelete
  12. apiih; tau kamu gne fon tp tetap semangat meng-komen. trimas!

    ReplyDelete
  13. eny; hahaha tu la pasal. pokis tu ade nama lain kat tmpat lain tapi tataw apa. hahaha. mals mahu google. TF? ta tgk lg? rugi la beb. i nk tgk lg ni

    ReplyDelete
  14. sedap sangat ke itu pokis? macam pelik je..*tak, macam biasa je, hehehe*

    ReplyDelete
  15. laa tu ke rupenye pokis... hik3.

    ReplyDelete
  16. zaid; hahaha. sedap la weyh! makan panas2...

    ReplyDelete
  17. vujie; ye saya kenalkan...itu cik pokis. cik pokis, ini cik ujie. selamat berkenalan semua.

    ReplyDelete
  18. Saya sentiasa brsemangat apabila brdamping dgnmu..wakakakakakaka... ;D

    ReplyDelete
  19. wakakaka. terima kasih cik apiih

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook