saya bertunang sudah.
8:58 am13 JUN 2009.
Hari paling penat sedunia. Ha ha ha. Sudah lah saya tidur pukul 4.30 pagi kerana melayan sorority life. Atas sebab perasaan tergugat dengan cik fara yang semakin handal mahupun mahir bermain game tersebut. Maka, saya sangat berusaha semalam hingga mencapai level 22. Tahniah kepada diri sendiri.
*cik fara, sudah lah main sorority itu. Pegi teruskan projek mushroom anda*
Se-awal pagi sudah bangun. Rutin harian bermula dengan mengejut encik reza bangun dari tidur untuk pergi ke kerja. Tetapi, hanya selepas satu jam telefon baru lah encik reza bangun.
*aishhh. Susah betul sygg aku ni nak bangun. Siram dengan air kang! Ishhh… tidak baik derhaka… kena pelempang free kang. ha ha ha*
Persediaan makanan dimulakan. Sandwich sardine, karipap, mihun goreng, agar-agar, dan lain-lain disediakan. Sedappp! Tetapi saya tidak dibenarkan makan banyak. Tiada baik untuk kesihatan saya. *ciskek, padahal perasaan takut tidak muat memakai baju bertunang saya hari ini* pengantin perempuan, kak long ila juga sempat menambah inai di jari pagi itu juga.
selepas siap semuanya, pengantin lelaki, abg nizam datang bersama tukang conteng muka dan tukang ambil gambar . dan pengantin perempuan, kak long ila pula bersiap sedia untuk diconteng muka nya sehingga cantik.
Si tukang ambil gambar memang menjalankan tugas nya dengan penuh rasa tanggung jawab sehingga tiada perasaan mahu makan. Setiap inci rumah ini diambil gambar. Sehingga kan, ketika abg nizam menukar baju pun mereka masuk ke dalam bilik saya yang telah tersedia bersepah itu untuk mengambil gambar. Syabas tukang ambil gambar kerana anda berjaya meng-kantoikan saya apabila melihat bilik saya. Dan mereka juga beriye-iye mangambil baju bertunang saya itu *ciskek , macam lah aku bertunang hari ini. Pinjam baju bertunang orang lain untuk jadi pengapit* padahal baju saya itu bukanlah penting pun untuk hari ini. Dan mereka juga terlalu lah berminat dengan rumah saya ini sehingga kan mengambil gambar cincin kahwin dan tunang pengantin juga memerlukan lokasi longkang rumah saya. Lokasi di rumah saya sahaja sehingga 150 keping gambar. Tahniah kerana berjaya menggunakan lensa kamera anda dengan sebaik-baiknya.
Oh ye, kaum keluarga pengantin perempuan merangkap keluarga saya juga hadir beramai-ramai. Bukan kah saya sudah maklum kan bahawa sedara mara sedang menyerang rumah saya sejak semalam? Yer, dan terlalu banyak kereta di halaman sehingga kan jiran sebelah rumah juga bertanya; “ada orang bertunang ke kat rumah hari ini?” ha ha ha. Makcik Jamilah, saya lah yang bertunang hari ini. eh bukan. Sepupu saya, kak long ila ade majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki hari ini. maka, selepas berhempas pulas memberi keterangan kepada jiran sebelah, beliau juga bersetuju untuk mengikuti rombongan kami ke rumah pengantin lelaki sebentar lagi.
Selepas pengantin bersiap, saya juga bersiap sama. Mestilah harus kelihatan cantik di mata kerana saya kan watak penting cerita hari ini. pengapit juga harus meriah bersama. Ha ha ha. terlalu meriah sehingga orang ramai keliru siapa kah pengantin yang sebenarnya.
Oh penat pula menaip dan melihat paparan skrin lappy kesayangan ini. sila menjamu mata anda dengan gambar-gambar dibawah. Maaf, kualii gambar tidak begitu memuaskan. Hanya menggunakan beberapa lensa kamera handphone milik saya dan sepupu saya. Gambar dari tukang ambil gambar belum diproses. Harap maaf.
cincin mereka juga harus di ambil gambar kah?
inai abg nizam lagi merah sebab dia juga sibuk berinai.
Baiklah. Senaman jari sebenar tadi sudah membenarkan saya untuk meneruskan menaip. *mesti semua dah bosan baca entry panjang macam ini…*
Kami bertolak dari rumah saya untuk ke rumah abg nizam pada pukul 12.30 tetapi terpaksa menunggu seketika di lorong untuk keluar dari kawasan rumah saya kerana terdapat sedikit halangan. Eh JPJ buat road block kah? Haruslah tidak. Pengantin sedang berarak rupa-rupa nya. Ade pengantin lain mahu bersanding juga. Dan kami sampai di rumah abg nizam beberapa minit selepas itu. Rombongan kami disambut oleh kaum kerabat keluarga abg nizam. Siapakah pengapit lelaki? Oleh kerana ketiadaan pengapit lelaki, maka abang kepada pengantin lelaki lah yang menjadi pengapit lelaki.
Maka selepas itu apa lah lagi, bersanding lah mereka di atas pelamin yang indah. Saya terasa kekok pula menjadi pengapit. Teruja campur dengan kekok jadi lah air batu campur. Eh apa yang saya mengarut ini? sumpah! Memang kekok lah. Dari wedding wani kat kedah lagi macam ini. Nampak nya kerja saya sepanjang cuti semester ini hanya lah menjadi pengapit pengantin. Okayhh semua boleh membuat tempahan jika ketiadaan pengapit pengantin di saat-saat akhir ya.
Tengok itu. Berlagak professional tapi kekok sebenarnya. Ye saya tahu lah saya belajar di kolej professional mara maka sebab itu lah saya berlagak professional di atas pelamin itu. Sebenarnya tidak selesa dengan kasut yang dipakai. Semuanya gara-gara pengantin perempuan memaksa saya memakai high heels bersaiz tujuh yang seperti kasut Aladdin itu.
*nuek, mujur kamu tiada jadi datang kerana masih tersepit di UTP. Malu kite kalau kamu tengok kite hari ni*
Selepas upacara persandingan yang lama itu, kami ke meja makan. Makan damai. Dan seharusnya saya ada di meja itu. Ha ha ha. Watak tidak berapa penting sangat tetapi tetap mahu menyibuk juga. Dan… saya juga mengutip segala cenderahati yang ada. Segala beg yang tersedia saya kutip. Hasilnya, mendapat kotak dan bakul comel2 seperti di bawah;
Ha ha ha. Labu sayong juga ada kah? Hentam saja lah. oke sudah lah. Penat menaip. Rehatkan mata anda dengan gambar-gambar di bawah ini lagi;
Dan kami pulang ke rumah petang itu dalam keletihan. Hari ini juga hujan panas turun. Hujan tapi panas jugak. Adoyaiii… apa-apa pun, tahniah lah kak long ila dan abg nizam.

16 comments
1st time nk puji..gmbar kat kreta biru tu nmpak kurus n nice..gmbar tu je la..hahahaa
ReplyDeleteHahaha. Aku diet sehari mahu muatkan baju tuh. hak3.
ReplyDeleteanother long long long post.. huhu tension aku nak habis kan nih
ReplyDeleteaku nak menguji mata ko ni mizi oit. mcm la ko tataw aku cintakan BM. haruslah buat esei melebihi 350 patah karangan.
ReplyDeletecantek2.
ReplyDeletebaju tu membuat kan anda nampak kurus. haha
*bleh laa kalo nk pakai kat kpm kang. wahaha
p/s: sl ak sudah mencapai level 23. yihaaa!
woit. tu baju pinjam mana leh pkai kat KPM. lgpun kang miss mawar tgk aku pkai baju tuh konpem diek nyesal ta amek aku jd pengapit. hahahaha
ReplyDelete* ko ta yah nak pomote SL ko. gi besarkan projek cendawan ko. aku tergendala SL sbb update blog smpai 2 jam.
hye jugak..
ReplyDeletewah mmg sekrang ni musim kawen laa..
hihihi
;))
haha. musim makan free!
ReplyDeleteim back again..
ReplyDelete;))
welcome2. ahhaa
ReplyDeletehmm..
ReplyDeletealhmdulillah..
DL again..
naek laa jgk pointer dr sem lps..
npe xwat chatbox??
hmm tulaa..
ReplyDeleteaten xjumpe..
ssh nk reply..
owh pggil copa ker??
kalo aten tggu chatbox mmg smpai sok pg dah crh pown xkn reply..
reply cni jela..
hihihi
tahniah utk pengatin... pengapit bila pulak? jgn lupa jemput naa.....
ReplyDeleteainza;
ReplyDeletehahaha.
15 taun lg ah.
hahaha
phewwitt phewwiitt kat pengapit. :D
ReplyDeletehahaha terima kasih2.! *bajet cam ade peminat ramai*
ReplyDeletedrop your comment here!