travel to kedah - wedding azhan and wani.

7:59 pm

Fuhhh. Finally, ada masa untuk berblogging. Sudah sedia untuk baca entry bergambar yang panjang berjela-jela seperti karangan sekolah menengah? Baiklah. Kita mulakan dengan perihal hari ahad yang lepas, 07 Jun 2009.

Malam sebelum itu, cik eyra dan family menanti dengan penuh sabar ke-iman-an di rumah nenda di kg. tengah, sg. Lesong, Kampar Perak. Masih di sini. Menanti bus rombongan keluarga dari kuala rompin, Pahang yang masih belum tiba. Bukan setakat batang hidung pakcik driver tak Nampak-nampak lagi, roda bus tu pun belum muncul. Hehehe. Tunggu sampai cik eyra terlena. Pukul 5.00 pagi bus tiba, semua kelam kabut mencapai beg yang sudah tersedia dikemas kini.

Photobucket

Cik eyra bersama cik nisa di dalam bus pada pukul 5:48 pagi.


Oh! 5.00 pagi baru mahu bertolak ke kedah yang jauh itu? Pukul berapakah mahu tiba ini? Di dalam bus, walaupun masih mamai tapi tiada dapat perasaan mahu tidur dengan lena. Mengapa entah?

Masuk je negeri kedah darul aman itu, cik eyra terus sambar handphone di dalam handbag. Oh no! apakah yang terjadi ini?

“NO ACCESS TO NETWORK”

What the fish? Ini boleh mendatangkan kemarahan! Maxis ni sampai bila lah mahu improve diorang punya service. Huh dah maxis tiada boleh guna lagi, terpaksa la on celcom je. Oke semua. Ada sedikit pesanan penting disini. Sila sms atau call celcom saya. Cik eyra sedang mogok dengan maxis buat masa ini. Maxis memang betul-betulkan susahkan hidup cik eyra. Aduh! Bagaimana ini mahu berkomunikasi dengan encik reza. Aissshhh…. Macam tahu-tahu je maxis sebab cik eyra ada di kedah ni.
*sygg, aygg kat kedah ni! rasa mahu utus surat guna burung merpati je sebab tak boleh sms guna maxis*

Photobucket

afey dan syamil posing kacak di depan rumah tok wan di jitra.

Photobucket

peace to all! saya cintakan alam. hahaha.


Photobucket

oke cover cun sebab tengah menahan kepanasan.


Photobucket

sengal-ness amek gambar masa tak ready lagi.
buat muka mcm budak kecik teruja melihat bendang.


Photobucket

gambar lakonan semata-mata.
melayan jiwa nan syahdu.


Rombongan kami tiba di rumah maksu di kg. naga, jitra pada pukul 10.30 pagi. Sangat meletihkan badan, jiwa dan raga. Terus mandi dan makan di sana. Kemudian apa lagi? Melihat sawah bendang yang cantik di belakang rumah, terus berlari-lari ke belakang untuk bergambar. Kamera K770i sememangnya sudah disiap sedia dicas penuh terlebih awal. Khas untuk bergambar. Dan memandangkan maxis yang macam bangang service nya itu, handphone sudah tiada gunanya lagi melainkan hanya untuk bergambar.

Photobucket

rombongan cik kiah mahu ke rumah pengantin lelaki.

Photobucket

Pusara allahyarham bapa saudara tercinta, Mohd. Hanafiah bin Mohd. Yusuff.


Selepas semuanya sudah bersiap mahupun bermekap, kami menuju ke alor star. Eh eh. Tapi, kami sempat ke pusara arwah poksu yang tercinta terlebih dahulu di tanah perkuburan kg.naga, jitra. Al-Fatihah…

Photobucket

mula-mula, membawa dulang hantaran...

Photobucket

tiba-tiba dah jadi tukang bawa payung.

Photobucket

tujuh orang kerdil membawa dulang hantaran.

Dari pusara, kami menuju ke taman uda, alor star. Untuk ke majlis menyambut menantu di rumah azhan. Mula-mula, cik eyra membawa dulang hantaran. Tapi, tiba-tibe bertukar menjadi pengapit pengantin sementara. Atas alasan, tiada orang nak bawa payung pengantin tu. Kebetulan sama pula warna baju dengan pembawa payung pengantin lelaki. Adoyaii, hentam ler…

Tiba-tiba, cik eyra ternampak sorang photographer ni.
“eh diek ni mcm kenal. Dari wedding kat rompin ari tu lg dah perasan mcm kenal diek ni.”

nak tegur tapi takut salah orang. Dr rompin ari tu, tanya si wani ni dia pun cm tak tahu siapa. Katanya kawan azhan.

Then masa tengah pegang payung tu, tanya la wani,
“eh dia ni ade lg. dah tanya tak kat azhan kawan die ni sape nama?”


wani menjawab;
“nama budak ni nae. Kawan sekolah azhan dulu. Die asal perlis”


sah! Memang betul lah! Cik eyra pernah jumpa dia masa majlis anugerah kecemerlangan akademik kat kolej dulu. Dia jadi photographer masa tu. And diek ini bekas student kat kolej cik eyra.

Photobucket

Thanks ya encik photographer. Gambar ini cantik!
Saya nampak kurus bersama baju baru. hahaha...

And lagi sah betul bila bukak friendster tadi, diek comment tanya nape tak tegur. Hahaha. Sorry la bro, malu…terima kasih untuk gambar yang sangat cantik di atas. Sorry yer bro. curi dalam friendster td. Hahahaha… cumel kan yang pakai baju biru tu?
*perasaan masuk bakul angkat sendiri sudah wujud…*

Photobucket

makan-makan time.


Kemudian, apa lagi? Lepas mereka bersanding, sesi makan-makan. Aduh lapar. Terus makan dengan rakusnya. Oh ya, cik eyra duduk di meja makan beradab pengantin. Sedapppp!!

Photobucket

bersama cik nisa di rumah pengantin lelaki

Photobucket

wishing you both all the best as
your beautiful love becomes a beautiful marriage.

Dah makan, apa lagi? Takkan tidur sambil menjemur perut pula kan? Kami bergambar la. Sangat lah seronok bergambar sehingga cik eyra lupa emosi benggang terhadap maxis tadi.

Dan cik eyra sempat mengadu kat azhan dan wani;
“weyyy…awat line maxis tak dak langsung kat kedah ni?”


azhan jawab;
“bendera kedah kan kaler hijau kuning. Hang kena la pakai digi. Maxis tu kaler merah”

terima kasih la banyak-banyak ye encik pengantin oleh sebab jawapan anda sangat la menghiburkn hati yang berduka lara dengan maxis ini.

Photobucket

pekan rabu, alor star.

Photobucket

penat kakak ni buat kueh karas panas.
kami beli 10 keping tp lupa mahu makan. hahaha.

Then, kununnya nak berangkat pulang ini. Tapi kami sempat lah buat rombongan cik kiah ke pekan rabu, alor star. Niat di hati tak nak beli apa-apa sebenarnya tapi entah bagaimana tangan pegi gatal keluarkan duit dan merembat handbag guess tiruan itu.

*saya bukan seorang yang demanding mahu guna barang-barang mahal dan branded. tiruan juga tiada mengapa*


Photobucket

pembaziran sedang berlaku...


kos pembaziran? RM130.00. eh eh. Bukan. Dusta semua itu. Handbag itu hanya berharga RM13. Tiada percaya? Pergi tanya adik kecik yang jual handbag itu. Hahaha.

*cik eyra rasa adik kecik itu pening nak bagi harga brape selepas cik eyra mendesak ketika menawarkan harga yang lebih murah*


Kemudian, kami bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Bertolak pulang dari kedah pada pukul 4.30 petang, tiba di rumah nenda tersayang di Kampar, perak pada pukul 11.30 malam. Mengapakah? Sebab pulau pinang itu sesak teruk, dan juga sempat bus kami naik itu berlanggar sebentar dengan kereta proton saga di tol, dan sebagainya. Aduh balik terus pengsan sampai encik reza telefon juga tiada sedar apa-apa. Sah! Memang penat jiwa dan raga.

You Might Also Like

12 comments

  1. suke baju anda.macam PLKN..lalala...

    ReplyDelete
  2. haha..aku sker komen kt atas niyh..hahaha...label ko asal salah eja?hmmm...ser dak photographer 2?aku xknai pon...heheh...woit..kedah mmg mxs xder line ngat..balik kg tok wan aku kt SP der r..hahah...kt AS ramai pakai celcom...hahah..

    ReplyDelete
  3. mungkin kerana saya tiada peluang untuk ke PLKN maka saya memakai baju tersebut. HAHA

    ReplyDelete
  4. hannie; hahaha. aku pinjam baju PLKN diana danielle tuh. hak3. photographer tuh? ntah. nama fs diek lengkoi. label aku salah eja? aku tahu. hahaha. huh. maxis aku buat sim kad baru, no sama. hik3. geram aritu ta de line jek. hahaha

    ReplyDelete
  5. nper kene wat sim baru?
    agak kekeliruan di c2...
    hehehe...

    ReplyDelete
  6. 1stly nk say cngrat tuk kezen cik rara...
    hehehe..
    cian rara xde line mxis ktika de kat cne..
    2 ar yg gi tmpt ulu 2 wat per/..
    le kli dtg sp..
    compom!!!de line nyer..
    ahahha...
    ehh murh nyer h/bag 2..
    nk kne bli nih..
    cik rara jualkn tuk cik ainy yer..
    cyg cik rara..
    ahaha..

    ReplyDelete
  7. hannie;
    entah. sim aku oke jek. leh jek open cm biasa. cume ta de line. ta kuar perkataan "my maxis" tapi kuar "no access to network" ngan "no network coverage". apahal entah. smlm abg maxis tu pun tataw nape. then diek ckp snang2 wat sim baru. huhu...sayanggggg......sms dr tahun 2005 seme dlm tuh aku simpan. kenangan....dah hilanggg!

    ReplyDelete
  8. ainy;
    kamu balik kedah gi ah beli sendirik. ciskek.

    ReplyDelete
  9. comelnya kamu bertudung (:

    bengang ngan maxis ek? me lately geram gila dengan celcom sbb message sending asik failed.. tp call boleh pulak.. mmg menyakitkan hati

    ReplyDelete
  10. celcom munkin ngah upgrade system..

    nper ko xcopy msk fon?

    ReplyDelete
  11. comel? thanks izza. saya mmg comel. lalalalala

    maxis sudah oke. buat sim kad baru terus. hahaha. sygg btol sms2 dlm tuh dah takde. penat simpan dr tahun 2005. huhu. kenangan sudah di abadi kan. ahhaha

    celcom mmg ade gangguan sms smpai 14 june. i dapat sms dr clcom smlm. gangguan lg dasat waktu2 puncak. 9mlm smpai 12mlm.

    ReplyDelete
  12. hannie;

    celcom mmg ade gangguan.

    copy? huh. fon aku tak ley copy sms masuk dl fon. sony la..

    tp sebenarnya aku dah copy ler dlm fon nokia aku.

    tp tarikh tak sama ler....diek tarikh baru..


    aku ni yang penting tarikh...


    sebab banyak sms dr arwah kwn baik aku.. sedeyhhh..

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook