perihal wedding lagik.

6:47 pm

huwaaaa....sangat lah meng-abaikan belog saya jika diri ini dilanda kesibukkan yang amat sangat. dushh....!! saya tiada masa meng-update belog ini kerana server agak slow di kampung tercinta. biasa lah, nama pun kampung kann??

Photobucket

Photobucket

Photobucket

so, entry sebelum ni cerita pasal hal-hal yang berlaku pada hari sabtu. now pasal ahad pula. majlis persandingan wani dan azhan. pagi-pagi lagi kami sudah bangun selepas tokki kuh menyimbah air ketika kami masih lena tidur. *kewl kan tokki kuh?* selepas mandi dan buang segala taik mata yang ada, cik eyra pun turun la ke tanah. tanah? keluar rumah lah. melihat segala persiapan yang sudah siap sedia sejak semalam. meja makan dihias indah, katil dan pelamin ditabur kelopak-kelopak bunga ros yang wangi, meja-meja VIP juga disediakan dan lain-lain. woahhh meriahnya! kelihatan warna hijau di merata-rata tempat...

Photobucket

Photobucket

and then bla...bla...bla... *ciskek! malas betul mahu taip. cepat-cepat ja* majlis dimulakan. pengantin lelaki tiba tepat pada pukul 12.00pm. persalinan mereka dalam warna hijau kebiru-biruan. oh cantek pula pak andam ni mekap. pak andam? hahaha. paham2 sendiri sudah. maka selepas semua phoographer busy ambil gambar, photographer berkamera K770i ini juga sibuk sama. lalala. tak mampu mahu beli DLSR. sapa mahu belanja saya? hahaha.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


after that, pengantin bertukar! jadi sailormoon. eh tidak! tukar baju lah. hijau pink. huh cantik la jugak combine color tuh. hahaha. ade acara memotong kek setinggi menara KLCC. eh tidak! dusta sahaja. 3 tingkat only lor... maka, kami la yg berebut2 makan kek tu lepas tuh. ising gila tebal! mahu semua org kencing manis kah? lalala....

Photobucket

then, pengantin hilang. melarikan diri dari paparazzi. eh bukan2. mereka ke pantai bersama baju pengantin itu. mengapa kah? ambil gambar indah-indah lah pastinya. wahhhh...best! tapi cik eyra tidak ikut ke sana atas komitmen yang tinggi dalam acara memberi kotak cenderahati kepada tetamu. fuhhhh!

Photobucket

aik? pakcik aiskrim juga ada? oh ya. majlis ini sape pergi dapat aiskrim free. pakcik saya sponsor. berebut mereka semua. lalalala...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

errr....sahaja tayang gambar di atas. cumel kan anak sepupu kuh, damia? dan juga gambar2 lain juga comel. hahahah. oke oke. dipendekkan cerita, malam itu saya tertidur kepenatan. sudah. saya penat. nantikan wedding di kedah pula. noktah. *perasaan malas mahu update. hahaha*

You Might Also Like

2 comments

  1. Oh wow.

    The bride's baju is so one of a kind. Haha not bad eh. Fresh gile sebab semua hijau. Hehe.

    ReplyDelete
  2. yeah? which one? hijau pink? haha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook