Keputusan Penuh FINAL Akademi Fantasia 9

9:37 am



TAHNIAH buat Hazama AF9 yang telah merangkul juara Akademi Fantasia 9 sebentar tadi setelah membawa dua buah lagu, Pukau dan Cinta Teragung. Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro dan turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root.


Lena pula menjadi naib juara AF8 menerima wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro serta turut membawa pulang sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root. Lena telah mendendangkan lagu Dunia, dan lagu baru, Sisa Kisah Kita.

Untuk tempat ketiga pula, Fina menerima wang sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Selain itu, Fina menerima sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root. Fina membawakan lagu barunya, Menangis Lagi dan Satu Harapan.

Bagi Azri yang menduduki tempat keempat, Azri membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000 beserta sebuah piala sumbangan Astro serta sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony. Azri menyanyikan lagu Ku Tak Bisa dan lagu baru, Niskala.


Biodata - Hazama AF9

Nama penuh: Hazama Ahmad Azmi
Tarikh lahir: 28 November 1984
Usia: 27 tahun
Tempat lahir: Perak
Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
Pendidikan: SPM
Muzik kegemaran: Rock balada
Idola: Amy Search


Lirik Lagu Cinta Teragung - Hazama AF9

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku





Tahniah Hazama. 
tapi, Azri tetap di hati sebab nama kami sama. 
RIP Akademi Fantasia!

You Might Also Like

2 comments

  1. apsal die sebaya aku?kt Perak?ek?

    ReplyDelete
  2. dia mmg dah tua bahahahha. maknanya kau pn tua . perak? heh. ajak dia masuk BP

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook