Wedding Day || ieyra dah kahwin?

9:01 am


last week,aku balik kampung di Kampar. ye, last week. aku memang jenis lambat update sebab rasa macam semua benda nak update sampai dah tak tahu mana perlu update dulu. masa tu semua orang kecoh bila aku tweetpic and upload photo-photo kat wall facebook untuk wedding day masa tu. siap ada yang buat blogpost. ieyra dah kahwin? dengan siapa? kahwin ke bertunang?


siapa kahwin ni? sebenarnya, majlis perkahwinan sepupu aku, Syahidatul Izma dan pasangannya Zaiti, atau lebih dikenali dengan nama abang Tony. alhamdulillah mereka selamat di akad nikah dengan sekali lafaz sahaja dalam masa kurang 5 minit. serius, macam cepat je semua berlaku. Abang Tony tak panik sikit pun. cewahhh~

aku kan dah kata aku ni pemalas kan? so sebagai pengapit yang pemalas, sila tengok gambar beserta caption sampai habis entry yang dah basi ni. diorang pun dah selamat balik dari honeymoon, aku baru nak terhegeh update. jum lihat!


nak pi akad nikah. aku baru habis kelas terus rush balik Kampar dengan ETS. fuhhh....terbaik! Nikah 10.06.2011 , petang lepas Asar. masa ni kelam kabut pengantin lupa bawak IC la apa. sekali tok kadi taknak check pun. ceit!



Sekali je akad nikah. Abang Tony mesti dah gigih hafal skrip kan? by the way Kak Ima pengantin paling hyperactive! orang lain masa nak nikah, menangis. dia gelak kegembiraan. amboi tak senonoh betei kamu yer!  masa salam-salam tu baru dia nangis. kekekekekek! part sarung cincin, cium dahi la apa tu kalut jugak sampai aku kena instruct diorang ni. macam aku ni pernah kahwin lak tahu semua =.='




malam lepas majlis akad nikah tu masing-masing busy gila nak setel hal bunga telur, paper bag untuk tetamu la apa. paper bag untuk belah keluar lelaki sangat glamer. heh, lupa pulak term lelaki apa dalam jawa. aritu penat belajar! banyak gila paper bag tu dan banyak juga barang dalam tu. maklumlah, wedding ni banyak sponsor. untunglaaa semua tetamu dapat makan banyak-banyak benda dalam paper bag tu. yang gambar bawah tu embah-embah aku tengah gigih buat macam-macam jenis kuih seperti kuih koci, lemper, gemblong dan lain-lain. untuk tetamu dan langan yang datang. apa tu langan? yang tolong-tolong masak kat dapur tu la.


ni baju pengantin ke? TIDAK! ni baju aku, dan aku pengapit. masa pengapit tengah makeup, aku yang dah siap merewang-rewang di halaman rumah, semua ingat aku ni pengantin. fuh! belum lagi lah! lambat lagi wedding aku. dah bertahun dha terlibat dalam kerjaya sebagai pengapit ni. pfftttt.....


ini pelamin buatan sendiri. makcik aku yang buat, cun tak? jimat kos apa kalau buat sendiri? kepuasan pun ada. kalau tempah-tempah ni kadang-kadang merepek je diorang semua buat tau!




 suasana di luar rumah masa tu. siap ada makan-makan aiskrim diluar rumah. memang dua tong tu kami je perabihkan semua. gambar tiga anak dara pingitan tu sepupu-sepupu aku. jangan korang nak mengorat. bapak diorang askar, garang korang sanggup ke kena interview nanti? semua pun dah berpunya rasanya. lagi-lagi yang paling kanan. rasanya, dia kahwin dulu dari aku nanti walaupun dia lagi muda. gambar last tu adik bongsu mereka. aku suka gambar tu sebab macam iklan air coca-cola.



masa ni sebelum keluar rumah. menunggu pengantin belah lelaki datang. tolong jangan konfius mana satu pengantin hari tu sebab aku rasa pengantin lelaki pun boleh konfius. nak buat macam mana, baju sponsor. kami pakai saja apa yang designer kami jahit. hehehe....



masa ni belah pengantin lelaki dah sampai. masa ni memang aku rasa hati merudum jatuh ke tanah. kenapa pengapit lelaki kurang hensem ni? dah lah tak sedondon. rupanya, pengapit yang sepatutnya tak sihat. so itu hanya bidan terjun semata-mata. terima dengan hati yang redha.


lepas adegan silat, dan macam-macam lagi, ada acara baling gula-gula dan duet syiling dari pengantin. ini memang acara wajib dari dulu. tradisi keluarga, sebab zaman kecik-kecik dulu aku paling suka part ni. banyak boleh kumpul syiling tau! sampai yang tua pun sanggup join sekaki.


lepas acara baling-baling segala benda tu, terus pergi meja makan untuk makan beradab. pelik kan? dah pengantin lapar. tak sempat nak bersanding dalam rumah, diorang serbu meja makan dulu. makan pun bersungguh-sungguh. oh ye, meja makan ni pun hasil kerja tangan sendiri. cantik tak?


perut dah kenyang baru bersanding. masa ni aku dah lenguh duk kipas pengantin. sampai rasa nak kipas diri sendiri dah. tu belum part aku sekali kena renjis dengan harapan semua orang aku punya turn lepas ni. sorry naik lorry. aku punya turn korang kena tunggu lapan tahun lagi agaknya. encik boyfriend bila turn kita ni?



masa ni entah mana semua orang busy nak bergambar maka ada ini je sebahagian dari keluarga belah perempuan. habis semua nak ikut tema dah tenggelam pengantin. cool tak kami?




ok, tak perlu letak banyak-banyak. ini je yang boleh diletak. gambar biasa-biasa je sebab semua orang bukan profeesional photographer pun. cuma ada tiga kamera, canon 1000D, canon 550D dan Instax mini, heh ? boleh pulak instax tersenarai kan?


pengantin bersama hantaran masing-masing. malas aku nak letak satu-satu gambar hantaran sebab banyak sangat kan? tapi semua orang teruja tengok hantaran dari belah lelaki. bakul-bakul tu cantik sangat. bila tanya, rupanya dibeli di Indonesia. punah harapan makcik aku semua nak pegi beli bakul tu.




 bersama designer baju kami. dia lah design, dia lah jahit. semua baju pengantin pun dia yang setelkan. terbaik punya! siapa dia? makcik aku. anak dia yang baju hitam tu. jangan cuba mengorat juga sebab dia juga sudah berpunya. 





tu diaaaaa aksi mengukur diameter pinggang. haruslah aku yang gemuk ni paling besar kan? kami jarang jumpa maka apabila dah berjumpa, terhasil lah kerja merepek seperti ini. yang last tu aku tak berapa paham tengah buat iklan apa. kata mereka, ini iklan pekak, bisu, buta. mana-mana pun boleh lah weyh!



ni eksperimen dari sepupu aku la ni. kami baring ni sebab nak tidur dah. dia boleh nak amek gambar macam ni pulak. dah penat, layan kan saja apa pun. kau amek gambar kami ni, kau frame letak kat dalam bilik pun boleh. kekekekeke......



 sebelum entry habis mesti lah tengok gambar comel aku ni dulu. ok sekarang dah terjawab bukan aku yang kahwin, bukan aku yang bertunang dan sebagainya. baju je overshadow pengantin. esoknya ada majlis sambut menantu belah lelaki tapi aku tak dapat pergi sebab kena balik UTP cepat-cepat. selamat pengantin baru Kak Ima dan Abang Tony! korang jangan tanya turn aku bila. tu kena tanya boyfriend aku. tu pun kalau aku ada boyfriend la kan? zzzz....






You Might Also Like

10 comments

  1. ala..tak lama dah tu..abih study nanti boleh le dah..hehehe..jgn lupa upah aku jadi photographer ok?hahahaa...

    ReplyDelete
  2. okay. kompius gambar yang mana satu pengantin mana satu pengapit. sama je baju. hahaha...

    ReplyDelete
  3. bahyala baju pengantin ngan pengapit lbih kurang sama menyerlah..huhu, slmt pengantin baru spupu eyra

    ReplyDelete
  4. Reez; siapa la nak aku ni hahahaha

    Fadil; mmg sama tapi tak serupa.

    hidayah; hehehe

    ReplyDelete
  5. Guwa kawen nak tema pink.hehe
    Err bile ntah nak.kawen,huu duit2,cepatla cukup

    ReplyDelete
  6. Gedik betul!
    Muahahahaha

    ReplyDelete
  7. pengapit tu macma ada aura nak kawin je

    ReplyDelete
  8. elok sangat la tu. cepat-cepat la kawin..

    ReplyDelete
  9. http://wanwidget.com/
    nasib baik ieyra x kawin lagi, hehehehe

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook