Perak Choral Festival

7:45 am


pada hari sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan telah menyertai rombongan ke Ipoh. zekzekzek! terlalu skema! wadehel jadi karangan budak sekolah rendah ni? ye, pada hari sabtu yang lepas bersamaan dengan 18 Jun 2011, saya sebagai ahli koir UTP dan rakan-rakan lain mewakili UTP ke Perak Choral Festival 2011. apa ada? hari sabtu lepas ada workshop belajar choir semua ni dengan Tracy Wong dan Susanna Saw. agenda hari itu ialah, Choral Music in Malaysia : Striking A Balance. sebenarnya ada 40 orang yang mula-mula nak pergi tapi end up dengan 15 orang je. itu pun pakai roger saja sesiapa. si Pisyek Kumar (dia ni lagi?) yang bukan choir pun join sekali.





menaiki bas ke Ipoh, memang saya melekat dengan tiga orang ni je. si #retis Haziq yang perform bersama Morven dalam Euphonious hari tu, si Pisyek Kumar, dan si Jackie Koh. si #retis Admiral Hafiz tidak dapat bersama kali ini kerana dia ada kelas kokurikulum. tapi keesokan harinya ada dia pergi dan sudah diupdate di blog beliau. siap jumpa amoi iras Lisa Surihani lagi. 

Ke sana, sudah lah gerak lambat, lepas tu berhenti makan dekat kedai makan yang langsung tidak sedap dan mahal. lepas tu pakcik bas sesat tak jumpa jalan ke Garden Villa, Ipoh. entah mana-mana perumahan kami masuk, rupanya tempat yang dicari tu tepi jalan je dekat dengan Ipoh Parade. masuk-masuk je ke rumah putih tu, tengok ramai budak sekolah. masa tu ada budak-budak ekcik tengah perform. pergh! suara memang mabeles! mantap gitu. tapi kami takde lah concentrate sangat apa yang diorang bebel. bebudak Thailand dari UTP masa ni dah lesap kemana entah jalan-jalan sekitar Ipoh. 


dari pukul 1:40 petang sampai lah 6:40 petang kami di sana. rasanya banyak aksi posing ambil gambar je pergi sana. input apa yang masuk pun tidak diketahui. yang penting ada sijil, yuran ditanggung sepenuhnya dan elaun makan juga diberi oleh UTP. itu yang penting ye. gamabr atas ni, muka-muka yang bertahan di dalam rumah putih tu sehingga ke akhir acara. yang lain lesap entah kemana. 


ini bersama Jackie Koh. #retis blogger dari Sabah. tapi slang Sabah dia entah kemana sejak tercampak di UTP ni. beliau masih single. pergi Perak Choral Festival sibuk menggatal mahu menggoda amoi-amoi yang ada. satu geng mengorat dengan si Haziq.




siapa dia ni? tak perlu diperkenalkan kot? sejak akhir-akhir ni duk interframe lebih pulak dia ni dalam ieyra.com. macam takde muka lain. beliau #retis Korea bernama Pisyek Kumar. sebut betul-betul. Pi-Syek ok? bukan Picek. itu dah serupa nama dengan Pecal. baju sama tu memang kebetulan. spec sama tu memang dah beli pun sama-sama spec baru saya tu. apa lagi sama? lesung pipit? huh!


ini bahagian belakang baju kami. spot the difference? ya, baju Pisyek ada URL blog beliau. konon macam eksklusif sangat lah. padahal dia pergi hantar kedai, bayar RM5 untuk letak URL tu. ni memang banyak gambar dia je la entry ni sebab ni kamera dia. harap pembaca tidak termuntah.



masa ni banyak candid dari Jackie. entah hape-hape semua gambar tak ready pun dia snap macam paparazzi. masa ni Pisyek kononnya nak buat aksi melompat. mana sah kalau takde gambar lompat-lompat budak kecik ni. hyperactive terlebih makan antibiotik agaknya. 


akhirnya dia berjaya melompat dengan girangnya. saya yang snap sebab Jackie secara tiba-tiba parkinson untuk mengambil gambar. saya rasa Pisyek suka ambil gambar melompat sebab dia nak rasa lebih tinggi mungkin? entah lah beliau ni.


muka kegembiraan mendapat sijil. terima kasih semua Choir UTP yang hadir. walaupun agak kelam kabut, berjaya kita kumpul seramai 15 orang hari tu. sijil tu walaupun buruk, tetap berharga kan? rugi siapa yang tak join. bukan kena bayar pun. hakhakhak. #okthxbai!

You Might Also Like

8 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook