Review: Pecah karya Nizam Bakeri dan Catatan Nizam Sani karya Nizam Sani

9:39 am


Rajin betul baca buku. beli buku pun rajin. tapi buku teks untuk belajar semua saya fotostat saja. hehehe... kali ni review dua buah buku dari dua penulis yang maha hebat, Nizam Bakeri dan Nizam Sani. yang bernama Nizam ni memang hebat berkarya ya? Dua buah buku yang akan direview kali ini adalah Pecah karya Nizam Bakeri dan Catatan Nizam Sani karya Nizam Sani. Ya, kedua-duanya blogger dan saya mengenali mereka dari dunia blog. kedua-dua buku juga saya beli online saja.





Pecah karya Khairulnizam Bakeri ini mengandungi 335 mukasurat dan berharga RM20. mengisahkan satu geng rompak bank CIMB yang terkandas di dalam hospital di Klang kerana salah satu rakan mereka tercedera akibat ditembak di kaki. terdapat juga kisah lain dari Rumah Seri Memori yang sebenarnya ada hubung kait dengan kes rompakan itu. apa hubungan semua kisah dalam Pecah? dapatkan Pecah di Kedai Buku Fixi segera!

bagi saya, novel ini memang terbaik. Nizam Bakeri berjaya buat saya sangat kusyuk untuk menghabiskan novelnya tanpa ditangguh-tangguh lagi. setiap bab akan buat kamu semua tertarik untuk tahu apa lagi yang akan terjadi di bab seterusnya. pernah tonton CSI? ada babak menarik untuk mencari siapa perompak bank. ada juga kisah cinta dan juga konflik keluarga. babak-babak panas juga ada. sesuai dibaca untuk yang sudah baligh dan cukup umur sahaja. hahaha. terbaik! bila Nizam Bakeri nak sign autograf di muka surat pertama buku saya ini?




Catatan Nizam Sani karya Nizam Sani ini adalah sebuah buku yang mengandungi 45 muka surat dan berharga RM10 sahaja. mengisahkan seorang jejaka yang tidak berapa nak hot yang bersifat pelupa. terlupa ambil bini, terlupa beli ayam, terlupa letak kunci di mana, terlupa segalanya. buku ini berjaya dihabiskan hanya dalam masa 30 minit. sambil menunggu kebosanan  di dalam seminar, saya tersenyum, tersengih, tergelak, tersedak, di dalam seminar room sambil diperhatikan oleh mereka yang lain. betapa hebatnya aura buku ni kan?

siapa yang mengenali Nizam Sani di blog pasti sudah sinonim dengan cara penulisan beliau. ringkas tapi padat. pendek tapi menarik. macam tu juga lah buku Catatan Nizam Sani ni. hanya bait-bait ayat ringkas tapi cukup mendalam mesejnya. pasti kamu semua suka. pasti kamu semua tidak akan mengantuk baca buku ini kerana buku ini untuk orang yang malas membaca. terima kasih Nizam, sebab pos kan buku ini beserta tanda tangan di muka surat pertama. buku ini terbaik!

p/s: baiklah saya kena tidur. baru sahaja menelan 5 ml Diphenhydramine HCL Ammonium Chloride Sodium Citrate ♥

You Might Also Like

7 comments

  1. Wah..dua dua nizam yang hebat:)

    ReplyDelete
  2. "maha hebat" tinggi sangat tu. :)

    terima kasih kerana suka.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Anem; sangat hebat

    Nizam Sani; suka lettewwww saya suka hahahha

    Nay; yerp best!

    ReplyDelete
  4. wah terbaik tu siap bersiri CIMB lg tu... tajuk buku pun menraik "pecah"

    ReplyDelete
  5. best ek? nk cari gak lah nnti yunk :D

    ReplyDelete
  6. KAMARUL, mmg besttt!

    ZIE; beli on9 je haha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook