Nonprofit Torrentflux Services untuk Peminat Bittorent

9:23 am



 "Arghh!! Lambatnya nak download movie guna torrent ni!! Penat aje guna internet 1Mbps, tapi lembap betul! 20-30Kbps jek. Hmm !!


"Kenapa la torrent ni tak laju macam direct download ye? Kan best kalau sama. Huhu"


Itulah ayat-ayat yang biasa kita dengar kalau download movie ke, software ke, guna torrent. Memang macam tu. Internet di Malaysia ni kebanyakannya menghadkan penggunaan torrent atau p2p (peer-to-peer). Konsep di mana kita berkongsi apa sahaja fail yang kita ada dengan orang lain melalui internet. Kita perlu upload fail kita di internet dan apabila orang ramai hendakkan fail kita, mereka perlu download fail tersebut. Apabila selesai download, mereka perlu berkongsi pula fail tersebut dengan orang lain. Lagi ramai orang berkongsi sesuatu fail tersebut. lagi laju kelajuan download fail tersebut. Yeah, sharing is caring, right??Konsep torrent ni ada baik dan buruknya. Yela, semua benda mana ada sempurna kat dunia ni. Jom kita tengok apa yang baik,apa yang buruk.



Kebaikan Torrent


1. Tak perlu beli akaun premium direct download seperti Rapidshare, Mediafire, Megaupload, Hotfile dan seangkatan dengannya.

2. Boleh guna software yang percuma seperti Bitcomet, Utorrent dan lain lain lagi.

3. Hanya perlu download fail .torrent di mana-mana laman web Torrent dan run di komputer sahaja menggunakan apps seperti Bitcomet.

4. Boleh mendownload fail yang besar sekaligus. Contohnya: koleksi keseluruhan Prison Break (Season 1-4) sekaligus dengan menggunakan satu fail .torrent sahaja. Kalau guna direct download, kene salin link yang banyak dan mungkin link itu pun ada yang tidak boleh digunakan.




Keburukan Torrent 


1. Lembap!! Kebanyakan ISP (Internet Service Provider) macam TM , Maxis dan P1 telah menghadkan kelajuan ( throttling a.k.a QOS ) untuk mendownload dan upload fail .torrent ni. Walaupun anda menggunakan internet 1Mbps (download speed dalam 100Kbps++) tapi bila menggunakan applikasi .torrent, download speed hanya mencecah 20-30Kbps sahaja atau lebih teruk sekali 5kb to 10 kbps . Berzaman lah download anda nak siap betul tak?

2. Modem jadi hang atau congested! Apabila guna aplikasi .torrent makan beban connection di modem akan bertambah dan bertambah sehingga menjadi maksimum.Justeri itu perkhidmatan Internet akan menjadi sangat-sangat perlahan. Kalau ada 2 orang pengguna internet yang berkongsi modem yang sama dan salah seorang menggunakan torrent, kelajuan download seorang lagi akan menurun dan boleh mencecah 0Kbps selagi pengguna torrent tersebut masih menggunkan torrent. Saya sendiri pernah terkena disebabkan member yang guna torrent dan mendownload secara banyak sekaligus tanpa had.




3. Kebanyakan pejabat, sekolah dan universiti menghalang penggunaan torrent ini dengan menutup port torrent dengan menggunakan aplikasi firewall dan proxy server.

4. Perlu membiarkan komputer sentiasa on 24jam sehari apabila mendownload. Pembaziran elektrik berlaku kerana PC di onkan berterusan

5. Perlu menunggu orang share fail tersebut (seeder). Makin ramai orang share, lagi laju kelajuan mendownload yang kita dapat.


Itulah serba sedikit pengenalan mengenai torrent. Mungkin ramai yang serik nak menggunakan torrent tapi jangan risau!! Saya ada cara terbaru untuk download menggunakan torrent. Servis untuk torrent ini memang terbaik yang pernah saya guna. Tak salah rasanya kalau nak berkongsi. Betul tak? Hehe. JOM TENGOK!



Torrentflux


Perkhidmatan torrent berbayar ini menawarkan harga yang berbaloi dan berpatutan.Sesiapa sahaja yang guna perkhidmatan ni, pasti puas hati kerana backbone Server ini adalah berkelajuan tinggi 120Gbps yang terletak di Europe. Memang sangat marvellous! Untuk maklumat lebih lanjut, tengok sini. http://forum.lowyat.net/topic/477026.

Kelebihan

1. Modem takkan congested.

2.Kelajuan download unmetered dan semaksimum mungkin(ikut speed internet yang kita pakai. Kalau pakai 4MBps, dapat lebih kurang 400KBps - 600KBps) kalau pakai Unifi 10Mbps leh dapat 1Mb/sec and Unifi 20 Mbps leh dapat 2MB/sec.

3. Takkan dikesan oleh ISP (Bypass server ISP.Jadi, tak perlu takut kalau nak pakai kat pejabat yang guna firewall e.g bluecoat web filter,untangled).

4. Jimat elektrik, masa dan tenaga. Segala fail akan dimuat turun di server Torrentflux selaju boleh walaupun kita offline dan kita hanya perlu muat turun dari laman web berkenaan sama ada melalui http atau ftp apabila kita hendak. 


Cara nak menggunakan service ni.

1. Daftar dan pilih perkhidmatan yang dikehendaki di laman web ni. http://www.mx510.com/whmcs/cart.php. Saya menggunakan Private server 15GB sbb memerlukan kadar upload berkelajuan tinggi dan kelebihan yang lebih.. Package yg termurah adalah Public Server RM 20 sebulan utk penggunakan yang leisure download ini adalah yang terbaik.


2. Bayar kepada admin melalui Maybank, CIMB, atau Paypal (untuk pelanggan yang mahu pakai Paypal terutamanya luar negara). Sertakan slip dan butiran yang dikehendaki ke email setelah mendapat invoice

3. Lepas dapat pengesahan, bolehlah cari mana2 torrent dari laman web public dan private torrent. Contoh: demonoid, btjunkie dan lain2. Harap penggunakan dapat membaca butir butir penting yang diberikan di dalam Welcome Mail daripada admin. Silalah berdaftar dgn support forum di alamat yang diberikan dengan menggunakan username yang telah diberikan oleh pihak admin.


Demonoid.me (hanya boleh didapati melalui jemputan sahaja)


Bit-hdtv.com (hanya boleh didapati melalui jemputan sahaja)

4. Muat naik fail torrent tu ke control panel torrentflux. Maksimum fail yang boleh diupload ke control panel hanya 4 ( 2 torrent run, lagi 2 queue). Kalau anda nak buat queue, tekan upload +queue. Fail anda hanya akan run selepas 2 fail sebelumnya habis leeching atau seeding. Polisi terbaru boleh run 4 .torrent active sekali gus . Para penggunakan boleh menggunakan laman web www.torreneditor.com utk memeriksa kandungan .torrent tersebut sama ada masih boleh berfungsi atau tidak.


 Langkah-langkah untuk memuat naik file torrent

5. Run fail torrent tersebut . Setelah itu sila email kepada admin minta aktifkan FTP .Kalau tak aktifkan FTP nanti file .torrent yang dah siap di muat turun di dalam server tak boleh muat turun dari server ke pc. ( Proses pengaktifian FTP ini hanya sekali sahaja diperlukan sepanjang servis dilanggan ) .


Kelajuan muat turun dari internet ke server (unlimited)

6. Setelah fail habis dimuat turun ke server, anda boleh muat turun ke komputer anda sama ada melalui http (guna Internet Download Manager) atau ftp (FlashFXP atau Filezilla). Jikalau anda pilih public server, anda hanya boleh muat turun melalui ftp dan http sahaja . Penggunaan HTTP adalah kepada file size di bawah 2 GB and on the go sahaja tak boleh gunakan que . Penggunakan FTP dgn IDM adalah terbaik kerana boleh gunakan scheduler function download 1 file at one time . Sila limit FTP connections kepada 8 sahaja.


Kelajuan internet 4MBps Streamyx (biasanya boleh dapat dari 400Kbps - 600Kbps)
Kalau lagi dekat dengan pencawang, lagi laju. Kalau jauh sedikit, takkan sampai 600Kbps.

8. Selesai download! Click pada Cpanel Directory delete file yg dah siap then upload file .torrent baru dan click pada run . ( Bandwidth adalah unlimited ) cuma space storage jer limited . If nak download file besar boleh upgrade package anda. 


Perbezaan antara Public Server dan Private Server.

1. Fail kita hanya boleh diakses oleh kita sahaja apabila kita menggunakan public server manakala jika menggunakan private server, kita boleh mengakses fail orang lain dan mencari fail yang kita hendaki lalu muat turun terus ke pc kita tanpa perlu muat turun ke server dahulu.Ini boleh menjimatkan masa kita.

2. Kelajuan upload public server terhad kepada 50Kbps sahaja manakala private server boleh mencecah 500Kbps. Kalau kita ada 2 fail yang berbeza, kita boleh bahagikan kepada 2 bahagian.Setiap fail mendapat 250Kbps. Kelajuan muat naik penting juga untuk kita yang menggunakan private torrent (contohnya: demonoid.me dan bit-hdtv.com) yang mementingkan ratio download / upload.

3. Akses Private server akan mendapat jemputan ke site private .torrent yg diberikan secara percuma oleh pihak admin.

4. Unlimited seeding ratio utk Private Server dan Limited seeding ratio 1:2 utk Public Server .

Kalau anda semua dah faham, jom la pakat ramai-ramai guna servis ni. Walaupun servis ini berbayar tapi ia jauh lagi berbaloi daripada anda guna Bitcomet yang percuma dan "laju la sangat tu". 

You Might Also Like

10 comments

Like us on Facebook