Review: Novel Kasih Yang Suci - Meen Zulaikha

8:36 am


Tajuk: Kasih Yang Suci
Karya: Meen Zulaikha
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd.
Harga: RM 19.90
Bilangan mukasurat: 572 mukasurat


"Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru"

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...


Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

-----------------------------------------------------------------

Drama Nora Elena yang sedang popular di kaca TV3 adalah sebuah drama 24 episod yang telah diadaptasikan dari Novel Kasih Yang Suci. Nora Elena yang bakal menemui penghujung episod esok, bakal mendebarkan peminat-peminat setia drama ini. apa yang bakal terjadi dalam episod akhir Nora Elena?


Jika mengikut jalan cerita novel, Yvonne mati dalam satu kemalangan jalan raya, dan akhirnya Nora Elena menerima Seth Tan kembali. memang happy ending. tapi banyak juga di tengah perjalanan cerita drama ni berlainan sekali dengan apa yang ada dalam novel. So, jangan lupa tonton episod akhir Nora Elena!

satu sahaja saya suka....sesuatu yang berkaitan dengan drama Nora Elena : baca sini

You Might Also Like

7 comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. love thisss ;)))

    the book is not so fantastic, but the series is kinda expressive becoz of the amazing actors..hahahahaa...and thanks to the blog writter for writing this after a long desperate request from me

    thankss kak iraa ;))))

    ReplyDelete
  3. Citer ni memang best, kan. sana sini seme duk cakap pasal citer nih.

    :)

    ReplyDelete
  4. kenapa tah fanatik sangat org cite ni..tak faham..

    ReplyDelete
  5. ok, aku nak download cite nih. xD

    Entri terkini: Contest Peace No War Muna

    ReplyDelete
  6. sekali tak sama plak ending macam dalam novel ni,tapi takpe,wajib download dari episod awal hingga akhir

    ReplyDelete
  7. novel dah ade, belum bace lagi. plastik pun lum bukak. hahaha

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook