Watsons YOU Awards Season 4 + Lepak Blogger at Times Square

1:27 am



sedia maklum, saya sangat busy sepanjang minggu lepas. ke sana ke mari mengalahkan Perdana Menteri Uzbekistan, saya ada banyak urusan di Kuala Lumpur. last minute call, saya harus ke Kuala Lumpur pada 4 June 2011 dan terpaksa membatalkan hasrat berbikini di Teluk Batik. heh? bukan! mandi manda di Teluk Batik. saya tiada bikini. mari kita baca entri sambil melihat gambar. saya ceritakan setiap satu ye?




yang menghantar saya ke KTM Station Batu Gajah ialah jejaka kacak menawan kalbu, Fareez Akmal. sempat juga berlaku pengalaman seram ala-ala Karak di sana, tapi kita abaikan cerita seram itu. dari dalam Shuttle Train ke Kuala Lumpur saya terlihat ciptaan Tuhan paling indah pernah saya lihat. saya kira, menggunakan kamera cabuk saya tidak akan nampak secantik ini tapi tetap kelihatan cantik di mata saya. Subhanallah, indah bukan?


hari pertama di Kuala Lumpur, saya hanya berjalan-jalan ke KL Sentral dan juga Midvalley. sempat juga melepaskan perasaan mengidam mahu makan Mee Wantan di Food Court, Midvalley. tapi, keinginan untuk makan Takoyaki tidak dapat dilaksanakan. Maaf, saya tidak makan nasi maka haruslah keinginan makan macam-macam itu pelik sedikit. petang itu, sebelum pulang ke Shamelin sempat singgah di Saloon Handz, di area kawasan Pandan. nama saloon je Handz tapi saloon rambut. hehehe...potong rambut!






apakah ini? akhirnya entry Wordless Wednesday tempoh hari terjawab. ye, saya shorlisted as finalist for Watsons YOU Awards Season 4. daripada 4,000 participant, saya berjaya memasuki top 40. ada 8 category, kira sendiri lah 1 category berapa orang yang ada. tapi saya tidak rasa saya dapat pun, kalau dah semua pakai skirt pendek paras peha nampak panties macam nak menggoda juri.


saya punya nombor HH016, category Healthy Hair. healthy ke? saya rasa semua orang watsons ni rabun agaknya. dengan tidak prepare apa-apa, saya hentam saja pepagi buta ke sana. cantik sangat Berjaya Times Square Hotel. bilik air juga dah macam dalam bilik hotel. serius cantik! 


lepas audition di Berjaya Times Square Hotel, saya ke shopping complex sebelahnya. keseorangan tiada tahu apa perlu buat, Fareez Akmal sms minta tolong carikan hadiah untuk girlfriend tersayang. saya yang baik hati lagi bosan keseorangan di tengah-tengah Kuala Lumpur, merajinkan diri mencari hadiahnya. apakah? snowball! romantiknya ada pakwe macam ni. how lucky she is...


keesokan harinya, saya ke Times Square lagi untuk lepak with bloggers. bukan gathering pun rasanya, lebih kepada melepak. saya juga tidak kenal sangat dengan semua orang tapi ada je yang kenal saya. maaf lah. saya susah ingat blog semua orang. hehehe.. ada beberapa aktiviti iaitu, bermain bowling, pool, melepak baca novel sambil jaga beg, gossip dan mengumpat, liveblog, vlog serta makan-makan... paling best part lepak dengan Amal, KSP, Taufiq Helios, Amalina, JambanComel dan Kyerull di KFC. buat KFC macam kedai mamak sambil bergossip sakan. di culik senarai dari Amal, senarai blogger yang hadir adalah:

Khairul dari www.kayif.com
Ieyra dari www.ieyra.com
Danial Ali dari www.such3.blogspot.com/
Zainurin Zin aka aBANgZAI dari www.zainurinzin.blogspot.com
Imamuddin aka jamban dari www.jambancomel.blogspot.com

ada video mencuit hati tapi saya kan pemalas mahu upload dan juga malasnya nak menaip, so mari kita lihat gambar-gambar yang ada...
























lepas dah melepak semua, kami berpecah ambil haluan masing-masing. saya dan Fadil ke Puduraya yang dah cantik tu sebab bas kami 930 malam. tapi tiba seawal 7 malam di sana. then tahu apa? bas kami delay! dah macam flight delayed je rasa.






dengan muka selekeh, saya dan Fadil serta berbelas warga UTP yang lain menunggu bas. ada diantara mereka yang surrender awal-awal lagi tak larat menunggu. bayangkan,semua bas delay satu jam, tapi bas kami delay 3 jam! bertapa saya melekit kepanasan di Puduraya selama 5 jam 30 minit! sepatutnya bas kami 930 malam, tapi 1230 malam baru tiba. turun naik tangga sebab kena always alert bas dah sampai belum. tak tahan sangat, kami semua tersadai di platform. nampak gambar platform tu? atas bawah tangga tu budak-budak UTP. panas ke tidak, kami tabah je menunggu. dah la seat belakang sekali. terasa macam naik roller coaster! akhirnya sampai juga di UTP 330am bersama 10 warga UTP yang lain. kepenatan kegilaan! next time nbaik train je. ni semua sebab tiket train habis, aku terpaksa naik bas =.=




contestDH2




You Might Also Like

13 comments

  1. lepas ni gi taiping plak..hahhaaa

    ReplyDelete
  2. Reez; cant wait!

    Nay; saya mmg hyper

    ReplyDelete
  3. hehe
    sweet kn fareez akmal tu
    :P

    ReplyDelete
  4. gath taiping? takde sape pun nak gitau aku kan? isk isk isk..

    ReplyDelete
  5. fareez ngan kawan2 pn sweet

    fadil, tu bukan gath. tu project bersama. hahahahha

    ReplyDelete
  6. Tinggal lah kau sorang2 penyu... semua dah sampai taiping. hahaha...

    Entri terkini: Tangan di dada, muka ke atas

    ReplyDelete
  7. awesome! aahahhah! melompat2 di ts cam berok ritu! haha!!

    penyu sengal!

    ReplyDelete
  8. xmo komen..sbb gmba ak dgn tuan belog takde...xmo xmo xmo..huh!

    ReplyDelete
  9. xmo komen..sbb gmba ak dgn tuan belog takde...xmo xmo xmo..huh!

    ReplyDelete
  10. waaaaa~~~ thanx dear,, t ada rezeki jumpa lagi ye..=)

    ReplyDelete
  11. apasal aku hensem dalam gambar2 ni?
    :D

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S