Review: KL Gangster

1:07 pm




pergh rajin betul review kan? dah lah gua ni jenis pemalas. tapi atas permintaan orang ramai, pukul 3:40am gua update entry ni lu tau tak? letak mancis kat kelopak mata tahan mengantuk. mentang-mentang lah gua selalu tengok movie masa hari pertama. atas sifat keterujaan korang masuk entry review karak tempoh hari, gua teruskan juga niat suci murni gua taip review KL Gangster pulak. lu orang dah tengok ka filem anak pakcik yusof haslam ni?

semua orang kata gempak gila ah trailer movie ni. fuyoooo KL Gangster sold out dowh! FULL HOUSE! gua tengok kat Big Cinema, Sitiawan pun sold out. nasib baik ada makhluk baik hati belikan tiket awal sehari. kami menonton berlima. gua, abang long fadil, abang kawasan Tronoh iaitu Pisyek, ketua mafia cawangan Seri Iskandar iaitu Amirul dan ketua gangster UTP iaitu Ryzal. gua seorang ja perempuan. sebab gua princess yang mempunyai 4 orang bodyguard. huh, merepek melampau!

KL gangster ni menceritakan tentang otai gangster iaitu Malek (Aaron Aziz) baru keluar penjara dan sudah insaf. tapi adik dia Jai (Adi Putra) join pulak benda tak berfaedah ni semua. adik dia Zati (Shera) pegi gatai jual dadah. bisnes beb! maka secara tidak rela dan tidak langsung dia terlibat la semula dengan gejala macam taik ni. camni lah, gua mampu cerita... cerita ni tak segempak trailer. lu orang semua kena tipu beb! lu orang pernah tengok cerita-cerita Shamsul Yusof sebelum ni? perghhhhh lebih kurang je beb! gua tak tahu nak cakap camne. maybe lu orang rasa part gaduh tu best. tapi gua rasa melampau sangat kehebatan Malek (Aaron Aziz) tu sampai kan Shark (Shamsul Yusof) tetibe dah kiok. padahal otai gangster tu. macam lembik tak melawan sangat. dah lah tatu macam gampang je gua tengok Shark tu. bikin panas je. apa jadah lu punya tatu penuh leher macamtu? satu je gua perasan cerita-cerita gangster macam ni, mesti ada scene berlakon kat Petaling Street. line panas ke situ? hahaha. faveret director Malaysia agaknya. tapi gua respek lah Aaron Aziz. gua rasa watak dia sebagai Seth Tan dalam Nora Elena tu macam sama je lah sifat penyayang dalam KL Gangster. gangster jiwang ni. muka ganas, hati tetap ada taman perkuburan batu nesan beb. lain-lain komen gua rasa malas nak komen. sebab tipikal lah cerita gaduh-gaduh macam ni. sama je! tapi lu orang takkan menyesal tengok watak Fadil (Zizan) dalam Kl Gangster. terbaik beb! sampai nak mati pun terbaik lagi! so, up to all of you lah nak tonton atau tidak movie ni. atau tunggu saja di Astro First?





ni ketua-ketua gangster yang gua mention kat atas tadi. masa ni lepas tengok wayang kami lepak KFC untuk meeting tergempar. masa ni ada seorang lagi abang kawasan datang KFC. nama dia Firhan Jasni. tengok muka masing-masing serius je dalam perancangan nak rampas kawasan Sitiawan. otai beb diorang ni. tapi satu je gua tak puas hati dengan KFC ni. dah la lembab service! Pocketful hangus! nasib bukan duet gua yang bayar. ada orang belanja. hehehe... kami camwhore ala-ala myspace banyak jugak lah tadi. tapi bukan kamera gua lah. kamera orang lain. siap buat Vlog lagi. tapi sebab nak cepat update entry gua tepek je la semua gambar yang ada dari kamera gua. jom menatap!











gambar last tu lu orang jangan nak gosip sakan ok? gua parang semua orang nanti. bahahahahha ganas pulak gua tulis entry ni. maaf lah , shamsul yusof yang ajar bahasa ni. by the way, dengarnya Pekida mahu saman pengarah filem Kongsi dan KL Gangster? baca ini:


Dedah Perkara Sulit, Pekida Mahu Saman Farid Kamil & Syamsul

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.

Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang. -mstaronline

You Might Also Like

14 comments

  1. nerd gile pakai spek !!!

    ReplyDelete
  2. Ok, ayahanda Pisyek dah datang ni. Siapa pula yang menyalak pagi-pagi nih? hahaha. xD

    Entri terkini: Unpackaging Certified Ethical Hacker T-shirt

    ReplyDelete
  3. malu gile tak pes. wakakaa. btw, jgn beli pirate cd, tapi untuk cite nih, korang donlod la lagi berbaloi

    ReplyDelete
  4. mirul; kau kena paham fadil kan ayahanda. mesti lah dia pes. HAHAAHAHHA

    ReplyDelete
  5. jap. siapa yang said pes? aku ayahanda dil, eh, abg long dil. aku parang kan kau!

    ReplyDelete
  6. lu ingat lu bagus sangat tak bagi gua komen gambar last tu?lagi la gua nak komen..

    memang amat kiut la korang dua tu..macam buah ciku dibelah lapan belas..:P sama dasat, sama padan..hahaha

    ReplyDelete
  7. fadil; HAHAHHAHA sian lah mirul baru nak rampas kawasan.

    reez; kekkekekkeke kau merepek

    ReplyDelete
  8. sial la!! gua suka sama ini review maa.
    chong2 choiii...haha
    dah tengok semalam..cool! nanti nak buat review gak..haha

    ReplyDelete
  9. Abg Long Shahroll dari Klang nak saman tuan blog neh! wakakakaka~

    ReplyDelete
  10. hahaa bang kawasan pon ade..

    ReplyDelete
  11. Panas x panas la Petaling Street 2. G sendiri la rse. kekeke

    ReplyDelete
  12. Salam Eyra..nice review..nanti saya tgk..sebab trailer dia pun best....pelakon pun syok2...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook