Konsert DiRaja Perak 2011

8:55 am



enam hari lepas, (saya sangat pemalas nak update blog) saya bersama teman saya ke Konser DiRaja Perak sempena ulang tahun hari keputeraan yang ke-83 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. Konsert DiRaja ni dianjurkan oleh Kementerian Negeri Perak Darul Ridzuan, Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

sebenarnya, last minute dapat kad jemputan. nasib lah pakaian perempuan senang cari. tak macam Jackie Koh kelam kabut satu kecoh satu dunia cari blazer. saya pakai baju kurung pun dah siap boleh pergi. sempat ke pasar malam lagi setengah jam sebelum tu tau! mula-mula fikir taknak pergi. then macam best dan eksklusif je, maka saya ke sana juga, teruja ok. mana pernah pergi konsert penuh formal macam ni.




dan terus lah bersiap ke Chancellor Hall. tak sangka, konsert macam ni pun best. memang terbaik walaupun lagu-lagu lama je banyak. hehehe. layan jugak lah. rasa macam duduk dalam istana ada la jugak sikit-sikit. yang hadir malam tu bersama Sultan Perak ialah Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Bin Raja Muda Musa. yang buat persembahan malam tu datangnya dari Universiti Teknologi PETRONAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. ada juga artis veteran tapi tetap maintain suara, Aishah. Suhaimi Mior Hassan pun cool gila! memang semua best, walaupun konsert tu tak lama, tapi puas hati. tak rugi dapat pergi. jum layan gambar yang ada, dan yang cilok dari Muhammad Syafiq Bin Afandi:









p/s: next update.... weekend at Kuala Lumpur

You Might Also Like

6 comments

  1. @jackie

    hahaaa. faizal kecoh kot, tanye2 blazer. wakakaa.

    ReplyDelete
  2. eleh jackie. gelabah gila cr blazerrrr

    ReplyDelete
  3. cmne dpt kad jemputan tu..kesian kt hosmet aku..last minit baru diorg tahu kalau nk pergi kena ada kad jmputan hahaha


    Bukan Sekadar Cakar Ayam

    ReplyDelete
  4. ntah la. yg tu pun ada performer bg hahaha

    ReplyDelete
  5. nasib la aku x join event diraja camnih... nak follow dress code pun dah susah. hahaha...

    Entri terkini: Tangan di dada, muka ke atas

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook