Backpacking Trip: Cebu, Philippines (Day 1)
2:04 am
Finally, after more than one month balik dari Cebu, Philippines baru lah ada rasa rajin nak update blog pasal travel kali ni. tu pun sebab lepas Cebu ada trip tempat lain. lagi bertangguh kang lagi bertimbun nak kena taip. So, pada 13-18 February yang lalu, seorang Neyra travel lagi. Dan yeahhhh~ demi melengkapkan 10 negara ASEAN, akhirnya saya ke Philippines! negara terakhir listed in ASEAN countries yang perlu saya jejak. ecehhh. rasa macam lengkap pulak hidup bila dah lengkap kan semua negara ASEAN ni.
Trip ke Cebu ni sebenarnya dah setahun juga plan. beli tiket bulan January 2015 masa Free Seats Air Asia Sales. Dapatlah tiket return RM 165.00. Masa ni beli tiket dengan Fais berdua je. gigih kami cari travelmate nak ke Cebu secara random di FB. Total plan 4 orang ke Cebu tapi bila dah hari nak pergi, Fais pulak kensel atas sebab hal keluarga. so kami pun travel la bertiga je; Neyra, Safiya dan Zuzu. Haha!
Setibanya di Cebu, selepas flight selama almost 4 jam tu, terus rasa eksaited. sebab dah berjaya jejak kaki ke Philippines akhirnya. Sampai di Cebu City jam 3 petang, masa tu blur blur tu sempat jugak lah beli simkad SMART telco kat airport. SMART Simcard - 7 days unlimited internet, calls & sms berharga Php400.
Lepas dah setel hal beli simkad tu, terus keluar airport, belok kiri. terus ke taxi stand. kat sini korang boleh choose lah nak naik bas or taxi. kalau ke SM City Mall Cebu, bas cuma Php20. tapi sebab bag berat kami naik white taxi, Php200. bahagi 3 orang murah sikit la dalam Php70 je sorang. sharing kan.
Dari Mactan Cebu International Airport to Tropical Hostel, hanya mengambil masa selama 30 minit. tapi depends on traffic jugak lah. Tiba di hostel dah jam 4 petang. Kami book stay sini 5 malam sepanjang berada di Cebu. memang sengaja stay dalam Cebu City je sebab malas nak pindah randah hostel dengan backpack dan segala benda. senang satu tempat je. Tropical Hostel terletak di MJ Cuenco, Mabolo, Cebu. Agak bersih dan baru, cantik dan selesa. Penginapan selama 5 malam di Tropical Hostel (fan private dorm for two pax) cuma RM 190/pax including tax.
Tapi bernasib baik, pihak Tropical Hostel upgrade bilik kami to A/C room for FREE! yeahh~ Kat sini wifi laju gila, washroom bersih dan diasingkan lelaki dan perempuan, servis pun bagus, siap bagi itinerary and suggestions nak ke mana semua, dan dekat je dengan SM City Mall or Persimmons. Laundry, 7Eeleven, dan lain-lain servis pun disekitar hostel je. memang strategik dan terbaik!
Cebu ni ada restoran halal tapi jauh-jauh dan mahal, lepas tu tak banyak choice. Maka, lihatlah stock makanan saya dan Safiya. Tapi, still rasa macam hmmmmm kena beli lagi ni. haha! so, lepas checkin pun dah petang, rehat dan mandi, malam tu kami ke SM City Mall Cebu. Jalan kaki je okayh.
Jalan kaki cuma 10-15 minit ke SM City Mall Cebu. Tengok maps jugak lah and tanya orang. Gelap gila kot jalan raya diorang macam kurang lampu je. haha! Sampai je SM City Mall dari jauh dah nampak IMAX Cinema punya sign dah wowww. Katanya SM City Mall ni antara mall terbesar jugak kat sini. Sebelum masuk tu terkejut kejap kena scan body kat pintu masuk. sebarang senjata tidak dibenarkan bawa masuk. fuhhhh~
Manusia memnag ramai gila malam tu. Sebab malam Valentine's Day kan? So semua orang lovey dovey lah. Kitorang jalan-jalan terus cari pasaraya kat level bawah sekali untuk beli some groceries. Weyh murah gila weyh! Dan banyak jugak makanan halal. Sardin abru P140, Tuna pun P300 je. Fuh murahhhnyaaa.. Saya beli Roti Gardenia, Tuna, Sardin, Buah, Mayonaise dan Choc Planta. Semua ada tanda halal kat tin dan packaging. Total belanja groceries, Php126.51. Lepas tu sempat beli Otap (sebungkus Php128.50). Otap ni snack wajib beli ni! Lepastu entah saka mana entah datang nafsu shopping, terbeli jugak aqua shoes Php250. Murah gila!
Balik tu terus rehat sebab esoknya perlu bangun awal.
Kemanakah kita?
Day 1 - Cebu, Philippines
Flight return Air Asia: RM 165.00Tropical Hostel: RM 190.00Taxi: Php70Simkad: Php400Aqua shoes: Php250Groceries: Php126.51Otap: Php 128.50Current Total: RM 355.00 + Php 975.01
0 comments
drop your comment here!