Perhentian Trip (Day 1): Berehat di Plaza Premium Lounge, KLIA2

1:46 am



26 Mac yang lalu, saya dan rakan-rakan blogger lain dari Projek Travel seramai 14 orang kesemuanya buat rombongan Mak Jemah ke Pulau Perhentian. 10 orang dari KLIA2 akan menaiki flight ke Kota Bharu, dan 4 orang lagi menaiki bas dan kereta. Saya beli tiket flight Air Asia ke Kota Bharu return RM68. Tapi, 26 Mac tu hari Sabtu, dan saya masih bekerja siang harinya. Fuh, penat betul lah seharian tu. Tapi sempat pulak balik dari kerja kat Bangsar, terus ke Midvalley Megamall untuk derma darah dan dinner. Malam tu rush dengan backpack yang dibawa siap-siap tu ke KLIA2. Terima kasih, Shafiq hantar kan ke KLIA2. Bayangkan penat dan berlengas nya Sabtu tu? Flight ke Kota Bharu esoknya pagi Ahad. Aduh, terus check-in di Plaza Premium Lounge KLIA2 untuk mandi dan berehat. Nasib baik lah ada Plaza Premium Lounge ni.




Terletaknya di Level 2M, Gateway @ KLIA2 Mall, malam tu kira-kira jam 11 malam saya check-in di Plaza Premium Lounge KLIA2. Ya, tempat ni memang dibuka 24 jam ya. Selalunya passenger yang sedang menanti flight awal pagi, atau mahu nap and berehat beberapa jam akan stay sini. Plaza Premium Lounge ni cukup lengkap dengan segala kemudahan yang akan memudahkan lagi urusan kita. Disebabkan flight saya jam 7:55 pagi, dan kira-kira jam 6 pagi dah kena masuk departure hall, saya decide untuk stay selama 5 jam di Single Room, Plaza Premium Lounge. Rate untuk 5 jam adalah RM258. Dibawah adalah senarai rate bilik di Plaza Premium Lounge. Disini, ada 25 bilik disediakan dan pelbagai jenis bilik yang berlainan ya.

Single Room
(one single bed for 1 pax)
3 jam - RM238
5 jam - RM258
10 jam - RM278

Studio Room
(one bunk bed for 2 pax)
5 jam - RM358

Traveller Suite
(two bunk beds for 4 pax)
5 jam - RM568

Family suite
(two twin bed and one bunk bed or one double bed and one bunk bed for 4 pax)
5 jam - RM568

Extension hour
(per hour per room)
RM90




Dibuka 24 jam, disediakan makan dan minum juga 24 jam free flow, kemudahan wi-fi yang sangat laju, dan juga ada printing service! Ya lah saat-saat akhir baru tersedar, "Alamak, boarding pass lupa print!". Ha, kat Plaza Premium Lounge ni semua ada. Yang baru turun flight tengah malam, malas nak balik rumah lagi pun boleh stay sini kejap. Plaza Premium Lounge siap ada laundry service untuk yang baru pulang dari travel seminggu bawak baju busuk banyak tu ke. Atau tetibe tengah minum teh tarik dan mee kari, tertumpah atas baju ke. Terus boleh laundy baju! Lepak bahagian makan pun, siap ada screen flight information semua. Takde lah terlepas flight kan? Boleh check terus kena pergi ke gate mana dan sebagainya.

Malam tu lepas makan sikit, dan minum coffee terus saya masuk ke bilik dan mandi, dan dayyyum! terjun atas katil terus lena dibuai comforter gebu. Sampai jam 4 pagi macam tu lah saya lena. Deep sleep terus masa tu nasib baik terjaga sebab ada wakeup call service dari pihak Plaza Premium Lounge.




Bangun, mandi terus kemas barang semua dan check-out. Sebelum ke departure hall dan menanti kawan-kawan lain bersiap, saya breakfast  dulu di Plaza Premium Lounge tu, Fuh, kenyang terus perut tak perlu dah makan atas flight atau grab breakfast di tempat lain kan? Pilihans aya pagi itu ialah croissant with butter and strawberry jam, Mee goreng, Baked beans, chicken sausage, yogurt dan fresh orange.


Fuh, perut dah happy boleh terbang ke Kota Bharu dengan hati yang gembira juga. Terima kasih Plaza Premium Lounge for great service and awesome hospitality.

Location:
Level 2M, Gateway@KLIA2, Kuala Lumpur International Airport

Opening Hours:
24 hours daily

Email:
[email protected]

Telephone: +603 4065 0156





 Saya sambung entry Perhentian Trip ni di entry seterusnya okayh?

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook