Liputan Menyeluruh UEFA EURO 2016 Hanya Di Astro!

4:03 am


Kelmarin sempat ke Sunway Pyramid untuk ke majlis pelancaran Astro sebagai official broadcaster untuk UEFA EURO 2016! Wahhhh~ Eksaitednya! 

Sampai masa tu awal jugak lah tengok macam-macam aktiviti ada. menyesal jugak tak pakai jersey petang tu sebab malam ada dinner pulak kan macam tak sesuai nak pakai jersey haha! Tapi tengok meriah betul semua orang semangat bola. 




Maka, adakah pasukan Perancis mampu menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri? Mampukah pasukan Sepanyol menyekat kemaraan Jerman, pemenang Piala Dunia dalam mengejar kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturut-turut? Fuh, saspen betul nak dekat EURO 2016 ni.

Dah bersedia ke untuk menonton segala aksi dan drama UEFA EURO 2016 melalui liputan menyeluruh Astro – sama ada di televisyen, atas talian, mobil mahupun radio ni? Berita baik, akses percuma ‘Sports Pass’ untuk pelanggan ‘Sports Pack’ tonton kesemua 51 perlawanan secara langsung! Sebagai penyiar rasmi dan eksklusif UEFA EURO 2016 di Malaysia, Astro menawarkan kesemua 51 perlawanan secara langsung di televisyen dan juga Astro on the Go melalui dua saluran Astro Supersports yang didekasikan khas untuk UEFA EURO 2016TM kali ini (HD: Saluran 841 & 842) dan SD: Saluran 821 & 822).  


Peminat bolasepak boleh melayari dan menggunakan aplikasi Stadium Astro untuk mendapatkan statistik rasmi perlawanan serta menonton aksi perlawanan dari pelbagai sudut dan juga berita terkini merangkumi video dan keputusan perlawanan. Tidak ketinggalan untuk turut serta dalam permainan Stadium Astro Fantasy edisi EURO selain mengaktifkan fungsi rakaman kawalan jauh program sukan kegemaran anda melalui Stadium Astro.


Kesemua pelanggan ‘Sports Pack’ akan mendapat akses percuma ‘Sports Pass’ untuk liputan penuh dan menyeluruh UEFA EURO 2016TM. Pelanggan Astro yang lain boleh mendapat akses yang sama secara percuma dengan melanggan ‘Sports Pack’ sebelum 30 April 2016. Bermula 1 Mei 2016, pelanggan Astro dan Njoi boleh melanggan ‘Sports Pass’ hanya pada harga RM 104.95. 

Beberapa perlawanan terpilih akan disiarkan secara langsung di Astro Arena di mana akses terhadap saluran ini akan dibuka sepenuhnya secara percuma kepada semua pelanggan Astro dan Njoi ketika UEFA EURO 2016TM berlangsung. Astro Radio pula akan turut menyediakan liputan secara langsung perlawanan-perlawanan ini.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin menyaksikan perlawanan tertentu sahaja, buat pertama kalinya mereka  boleh  menontonnya secara berasingan berdasarkan tawaran ‘pay-per view basis’ pada harga RM 6 setiap satu perlawanan.

Menariknya, majlis petang tu juga dihadiri oleh Fernando Morientes, ex-player untuk Real Madrid, Liverpool dan Spain. Fuh kacak teruk! 






UEFA EURO 2016 akan memulakan aksinya menerusi perlawanan pembukaan di antara pasukan Perancis dan Romania, jam 3 pagi, 11 Jun 2016 (waktu Malaysia). Bagi menghangatkan lagi demam UEFA EURO 2016TM kali ini, pelanggan Astro boleh menonton barisan program pra-perlawanan istimewa seperti ‘Road to UEFA EURO 2016TM’, ‘UEFA EURO 50 Classic Matches’, ‘Great Goals of European Football – Decade by Decade’ dan banyak lagi.

Seperti biasa, Astro akan membawakan pengulas sukan antarabangsa untuk bersama Adam C mengupas lebih lanjut analisis persembahan pemain, strategi perlawanan dan keputusan. Ulasan dalam Bahasa Malaysia pula boleh didapati melalui kesemua perlawanan secara langsung di Astro Arena.

Jom tengok bola! bersengkang mata lah kita ye~~

You Might Also Like

2 comments

  1. Ala dah remove pakej Sport sebab nak jimat, tunggu masa nak remove Astro je...

    ReplyDelete
  2. dah mula terasa bahang euro2016

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S