Pelancaran Single Terbaru Sweetchild, "Lepaskanmu"

2:54 am



Selepas 17 tahun berkecimpung dalam industri muzik tempatan, Sweetchild kembali dengan single terbaru, "Lepaskanmu" hasil ciptaan Acong dan lirik oleh Joey Daud. Dan untuk single terbaru kumpulannya ini, Acong sanggup mengeluarkan modal sendiri. Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat berkata, dia mengeluarkan RM8,000 untuk merialisasikan impian tersebut dan berharap lagu berkenaan dapat mengubat rindu peminat terhadap mereka.


"Lagu ini adalah buah tangan terbaharu bagi peminat yang setia menyokong perjalanan seni Sweetchild. Kami mahu terus kekal dalam arena muzik tempatan dan kolaborasi rakaman bersama syarikat Indigital Sdn Bhd, yang telah banyak membantu dalam mencapai impian kami. "Single terbaharu ini saya boleh katakan kami terlibat secara langsung dalam penghasilannya termasuk rakaman, mereka kulit album termasuk video muzik. Biarpun pada awalnya agak susah tetapi Alhamdulillah urusan kami banyak dipermudahkan sepanjang menghasilkan lagu ini." - Acong Sweetchild.


Dalam pada itu, Acong berkata, selain menerbitkan single berkenaan dia juga bertanggungjawab terhadap perjalanan karier kumpulan itu memandangkan mereka kini bernaung bawah syarikatnya.Kata Acong, dia sudah merangka pelbagai perancangan untuk Sweet Child selepas 16 tahun tidak tampil dengan sebarang produk terbaharu.

 "Kami pernah lalui zaman sukar ketika awal kemunculan dahulu sehingga ada masanya langsung tiada duit untuk sewa van untuk bergerak ke tempat persembahan. Saya tidak mahu situasi itu berulang kembali dan sebab itu saya sendiri ingin menguruskan Sweetchild dan ingin memberikan yang terbaik bersempena kebangkitan semula band kami," ujarnya.



Bercakap lanjut mengenai Lepaskanmu, Acong berkata, lagu itu dicipta olehnya sendiri dan lirik karya Joey Daud dan ia sebenarnya telah pun siap hampir dua tahun lalu. Bagaimanapun katanya, perancangan untuk melancarkan single berkenaan tertangguh selepas dia menyertai Gegar Vaganza musim kedua tahun lalu. Nmaun dia menganggap ia ada hikmah kerana ia dapat membantu dari segi promosi dalam memperkenalkan semula nama Sweetchild.

Sementara itu kata Acong, buat masa ini dia akan berehat seketika daripada dunia lakonan kerana ingin memberi fokus kepada aktiviti promosi dan persembahan bersama Sweetchild.Malah katanya, kesan dari program Gegar Vaganza jadual mereka sudah pun padat dengan pelbagai undangan dan melihat ia kesab positif buat Sweetchild.


 Sweetchild pada zaman kegemilangan mereka pada era 90-an pernah popular menerusi lagu seperti Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan, Yang Terlarang Itu Godaan dan Mainan Perkasihanmu. Selain Acong, Sweetchild juga turut dianggotai oleh Yem (keyboard), Aalan (gitar), Ijan (bass) dan Pet (drum).

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook