Pengalaman bersauna di Sweatspa, Atria Shopping Gallery

8:41 pm



Ingat tak haritu ada pergi majlis pelancaran branch baru Sweatspa yang Ning Baizura jadi duta tu? Hah hari minggu baru-baru ni saya dengan Shafiq pergi Sweatspa untuk bersauna disitu. Uniknya, kat sini sauna nya menggunakan teknologi Sunlighten Full Spectrum Infrared Theraphy untuk nyahtoksin segala jenis toksik dalam badan, dan membantu mereka yang ingin meningkatkan tenaga dan kecantikan.


So, sampai sahaja di Sweatspa, kami isi form untuk details diri semua, dan kami minta separate room. Heh, mestilah kan! haha. Then lepas tu terus buat body analysis. Hoh, saya suka servis staff Sweatspa ni sangat membantu dan mesra pelanggan. 







Masa ni bergaduh jugak la berdua masing-masing sibuk nak tahu berat berapa. haha! cis, kantoi pulak obes. saya pendek, lepas tu berat. so result memang failed teruk lah. Lepas dah measure everything, staff Sweatspa ni akan consult kita dan beritahu lah segala details pasal diri kita. mana yang berat, berapa banyak fats nak kena kurangkan, BMI, BMR semua tu lah. masa ni saya duk respond "ohhh ohhh..." punya lah fokus dengar akak tu explain macam-macam. 




Dalam bilik masing-masih, cukup lengkap semua kemudahan yang disediakan. Ada air disediakan, towel, majalah, entertainment tablet, siap boleh online atau dengar lagu. takde lah bosan sepanjang berpeluh tu kan? Sesi saya ialah 37 minit mid and far infrared detox. So sesi pertama ni kena detox dulu segala toksik dalam badan ye. Tahukah anda teknologi medikal terapi Sunlighten sauna ini menghasilkan peluh 7 kali lebih banyak daripada sauna tradisional? Memang berpeluh macam baru lepas lari 5KM mendaki Bukit Pantai depan rumah!



Sepanjang sesi juga korang boleh tengok lah progress detox tu. Selain detox, ada juga program dan benefits lain seperti relaxation yang akan menghilangkan stress korang, atau program weight loss yang mengikut kajian 30 minit infrared sauna session mampu membakar kalori sebanyak 600 kalori. Selain itu, sesi infrared sauna juga bagus untuk kesihatan badan dan jantung yang secara klinikal nya ia akan mengurangkan tekanan darah tinggi, dan juga menghilangkan kesakitan sendi-sendi badan, dan juga mencantikkan kulit. Kulit akan kurang kedutan, lebih berseri-seri, skin tone akan lebih sekata, dan tegang. Yang ada penyakit eczema juga bagus untuk buat infrared sauna ni. InsyaAllah akan membantu. 




Ada pelbagai pakej untuk Sweatspa ni. kalau first free trial cuma RM 88.00 untuk satu sesi terapi. Normal fee is RM 145 per sesi termasuk 6% GST. Hah jom try Sweatspa! Serius best dan fresh lepas terapi. Dibawah senarai branch yang ada: 


Sweatspa BSC 
 S122, 2nd Floor, Bangsar Shopping Center,
285, Jalan Maarof, Bukit Bandaraya,
59000 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone : 603 2011 6088
Fax : 603 2011 6088
E-mail : [email protected]

 Sweatspa Atria 
 F41, 1st Floor, Atria Shopping Gallery,
Jalan SS 22/23, Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya,Selangor
 Telephone : 603 77318248 / 6012 5306 088
E-mail : [email protected]

 Sweatspa Plaza Gurney 
 170-04-80/85, Plaza Gurney,
Persiaran Gurney, 10250
Penang, Malaysia
 Telephone : 604 229 1088 / 6012 475 2088
 E-mail : [email protected]

 Sweatspa Too 
 L2-05, Level 2, Gamuda Walk,
No. 12, Persiaran Anggerik Vanilla,
Kota Kemuning, Syeksyen 31,
40460 shah Alam, Selangor
 Telephone : 603 5525 8788 / 6012 8388 322
E-mail : [email protected]

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook