Perhentian Trip (Day 2): Bandar Kota Bharu & Villa Danialla, Tok Bali
3:03 am
Flight kami jam 7:55pagi di KLIA2 ke Kota Bharu. Masing-masing muka teruja nak sampai ke KB tu. Sampai je ke KB errr tak lama mana pun. Kurang dari sejam dah sampai. Kami terus menuju ke bus stop depan Airport Kota Bharu. Kononnya nak naik bas tetibe ada pulak yang lapar. So, pergi lah breakfast kejap seberang jalan tu. Masa tengah breakfast, bas pun lalu. Dang! Haha~ Lepas tu mereput lah tunggu bas seterusnya.
Perjalanan dari airport ke Bandar Kota Bharu dalam 20 hingga 30 minit je. Naik bas City Liner, Cuma RM1.50. Sesudah sampai je di Stesen Bas Kota Bharu, terus kami berjalan kaki menuju ke Pasar Siti Khadijah untuk jalan-jalan cari kuih muih katanya. Waktu tu baru jam 10 atau 11 pagi macam tu confirmlah banyak lagi yang berniaga. Dengan memikul backpack ni kami berpeluh berpanas lah ke Pasar Siti Khadijah.
Nasib baik ada yang memang asal dari Kelantan dalam group ni. Boleh lah tunjuk jalan jadi tourist guide. Lepas tu kami longgok kan bag kami setempat, dan dua orang jaga beg. Yang lain pergi jalan-jalan cari makanan. Kami sempat lah beli Nasi Tumpang, Jala Emas, Buah Tanjung, Kuih Akok Bahulu dan macam-macam lagi. Nafsu makan teruk betul masing-masing haha! Pergi lalu depan kedai bakery pun boleh beli donut pulak lepas tu. Tapi ye la, syurga makanan Kota Bharu ni. Semua kuih murah-murah belaka!
Lepas tu, kami berjalan kaki menuju pulak ke Restoran Cikgu Nasi Ulam. Fuh. Katanya femes kedai ni! Restorang Cikgu Nasi Ulam terletak di Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Kota Bharu. Kat sini, bila waktu lunch je penuh sesak orang ramai. Nasib baik kami sampai sebelum waktu lunch. Macam-macam jenis lauk kami ambil dan makan hidang. Bayangkan semua ni cuma RM90? Makan untuk 9 orang kira berbaloi sangat! Siap tak habis lah ikan besar tu tapau pulak bawak balik untuk makan malam karang ke.
Habis makan tengah hari, kami berjalan kaki menuju pula ke Masjid Muhammadi di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu. Memandangkan dah masuk waktu Zuhur, kami stay je kat situ solat Zuhur dan berehat kejap sementara tunggu van hotel datang jemput kami. Ya, malam ni tidur di Villa Danialla Beach Resort, Bachok. So, service pickup di Bandar Kota Bharu ni dah sekaligus dah lah. Jam 2 petang macam tu pakcik van Villa Danialla pun pickup kami dari Masjid Muhammadi terus ke Villa Danialla.
Masa sampai Villa Danialla, semua macam WOW~ Cantiknya! Melonpat semua! Villa Danialla Beach Resort ini terletak di Kandis, Jakan Tok Bali, Bachok Kelantan. Disini, ada pelbagai jenis Villa yang boleh korang duduk dan more to private villa. Memang tenang, aman damai lah kat sini. Sesuai untuk leisure atau honeymoon? Ceh. Berangan lah. Sesudah check-in, dan bersihkan diri kami terus ke berehat kejap. Petang Cuma aktiviti free dan easy berendam dalam Infinity Pool Villa Danialla! Oh ye, di sini kami bayar RM91 seorang untuk satu malam stay, dan transport Bandar Kota Bharu – Villa Danialla dan transport esoknya dari Villa Danialla – Kuala Besut Jetty. Bilik kami, RM298.00 untuk 1 bilik. Lain-lain kos transport dan selepas dibahagi sebanyak 9 orang, maka RM91.00 lah seorang kosnya. Bilik lelaki muat untuk 6 orang dengan dua katil queen, dan 2 katil single. Bilik perempuan pulak muat 3 orang dengan 1 katil queen dan 1 katil single. Besar gilaaaaa siap ada dapur, peti ais dua tingkat semua lah!
Memang seronok lah berendam di Infinity Pool Villa Danialla ni. Dalam pulak tu. Ramai-ramai terjun dalam kolam renang, posing ala-ala untuk poster majalah mangga. Infinity pool ni dua tingkat. lepas tu paling dalam ialah 10 kaki ke 20 kaki entah kedalaman. Dalam group kami cuma Yazid yang berani untuk berenang haha! So dia je la conquer pool tu, Yang lain bersidai di kedalaman 5 kaki. Feeling sangat petang tu menghadap pantai.
. Lepas dah mandi dan berenang dalam kolam renang tu, kami terus ke paantai pulak. Dan polisi Villa Danialla ni orang luar serta makanan luar tidak dibenarkan masuk ke Villa, so petang tu family Nuar datang bawak makanan dinner, kami piknik je di Pantai. Fuh, memang best lah pengalaman macam ni time travel. Rasa lama betul tak piknik. Terima kasih untuk family Nuar susah-susah untuk masak Nasi Kerabu, kuih muih dan macam-macam lah makanan banyak betul sampai boleh buat kenduri ni! Siap seludup tapau makanan bawak masuk bilik. Haha~
Malam tu cuma berehat, dan terus tidur untuk siap sediakan diri ke Pulau Perhentian!
Yeay~ Tak sabarnya!
Yeay~ Tak sabarnya!
8 comments
nak tnya..klu nak naik bas ke stesen bas kb tu, tggu bas depan airport kb tu btol2 kuar dr pagar airport tu ye..bukan seberang jalan la ye.
ReplyDeleteyup betul2 keluar gate airport tu
Deletehehe tq ye..sbb x penah gi kb lg..ingt nak gi perhentian naik bas dr aiport nnt trs ke stesen bas kb..then naik bas ke jeti besut tu. x susah kot ek nak cari bas ke jeti besut tu (no 639 tu kan) dekat stesen bas tu? tq taw for info :)
ReplyDeletedr : anon kt atas
aah x susah. masa saya dr Kuala Besut nak balik KB smula pn saya buat benda sama. hahahaha. senang je dpt bas pn.
Deleteok terima kasih byk2 hehee. info yg sgt membantu :)
ReplyDeleteSis pool die mmg xde tuk kanak2 ea
ReplyDeleteAda dua tingkat. yg dlm gmbr ni dlm . yg bawah tu cetek skit. mmg ada utk kids
Deletenasi kerabu ke nasi dagang?
ReplyDeletedrop your comment here!