Perhentian Trip (Day 4): Snorkelling 5 Points di Pulau Perhentian Kecil

6:12 am




Finally, Snokelling Day! 

 Kami akan snorkelling ke 5 snorkelling points di sekitar Pulau Perhentian, termasuk shark point dan turtle point. Masa ni semua muka excited sangat dah! Sebab bangun pagi tu temgok laut sedikit tenang. Mungkin sebab dengar kami melalak karok malam sebelum tu. haha!



Pagi tu Mohsin Chalet hidang Nasi Goreng dan telur mata which is saya tak boleh makan. haha! So, saya makan Mamee Chef je lah pagi tu. Perut kosong kang susah jugak. Bertolak pagi tu dalam jam 8 pagi macam tu dari jeti Coral Bay so trekking lagi merentas desa dari Long Beach ke Coral Bay. Laut tenang sikit je but boat still tak boleh masuk Long Beach.


Point pertama tu saya turun lah jugak sebab dekat pantai lagi. Saya tak pandai berenang sebenarnya. Teringat pulak snorkelling bersama whale shark di Cebu sebulan sebelum ke Perhentian ni saya hampir lemas. Kali ni berani sikit sebab ada Yazid yang pro swimming. Lepas tu selamba je lah berenang tapi nak enjoy snorkelling tu kureng sikit sebab laut baru nak bertenang kan, so banyak buih dalam laut, air laut keruh huwaaa~


  

maka, sebab bosan snorkelling pun tak nampak apa. di point kedua, ketiga dan keempat iaitu coral reef point, shark point, dan turtle point saya langsung tak turun dan membuta je. Yang kelakarnya mereka yang lain bersungguh terjun, kejar turtle semua...tapi saya yang atas boat ni nampak turtle tetibe muncul tepi boat. Pakcik boat cakap sebab laut bergelora, banyak shark and turtle berenang jauh ke dasar atau ketempat lain so susah nak nampak. Nasib lah kan. 


Tengah hari tu kami lunch di Kg Nelayan, meja makan betul-betul tepi pantai! Tengah lepak makan, air laut ada kat kaki lepas tu kerusi tenggelam! hahahaha~ Makanan di sini murah sedikit, tapi saya cuma makan keropok lekor 5 batang RM1. Gila murah kan? Dah makan, berehat kejap, pergi tandas apa semua, kami sambung snorkelling lagi. 


Point terakhir untuk snorkelling ialah Romantic Beach. Fuh memang romantic. pantai ni cantik sangat! siap ada coral tergantung di dahan pokok lepas tu boleh ambil gambar romantic macam kat atas ni. Eh?


kat sini, selain terumbu karang yang cantik, sea cucumber pun banyak. Haha! Jalan-jalan kat tempat cetek mesti terpijak benda yang geli geleman ni. budak-budak ni teruja pulak tu berenang ke dasar dan cari sea cucumber. haha! jakun belaka dah. 




Kalau pergi ramai macam kami ni best lah buat gambar bulatan macam tu. Kesian jugak abam boat tour guide kami tu kena ambil kan gambat je nasib baik la sporting habis tengah panas pun susah payah buat bulatan haha!


Balik dari snorkelling, saya lepak dengan Emint di Coral Bay layan sunset. Yang lain masa ni dah pengsan kat chalet. Malam tu karoke sampai jam 12 tengah malam, lepas tu melepak pulak tepi pantai beramai-ramai. Fuh sedih pulak malam terakhir di Pulau Perhentian ni. Esoknya nak balik KB semula dah! Huwaaa~~~ Layan video kat bawah ni untuk summary semuanya.



Jangan lupa untuk follow Projek Travel di Instagram, Twitter, Youtube, Facebook!


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook