Jom layan siri TV popular di Astro On Demand!

7:25 pm




Siapa suka menonton TV series? Most Malaysian yang saya kenal, sangat suka tengok TV series. Masa zaman belajar dulu, ya ampun roomate, dormmate semua gila kan TV series sampai sanggup lah tabah dengan internet slow kat uni tu untuk tengok TV series online gara-gara follow semua episode dan taknak miss satu episode pun. Semua orang suka tengok TV series selalu nak tengok apa yang diorang suka, dimana mana sahaja dan di medium yang diorang prefer untuk tengok. Ha, sebab tu lah wujudnya On Demand (OD) ni!




OD by Astro ni semakin popular dikalangan pelanggan yang gemar untuk menonton apa yang mereka gemar, dimana mana sahaja dan bila-bila masa yang mereka mahu. Fuh, nak tonton TV series? movie? hiburan? macam macam ada dalam OD ni. Agnes Rozario, Vice President, Content Group, Astro berkata, sejak pelancaran OD pada Oktober 2015, semakin ramai yang connect PVR mereka dan menonton OD; setakat hari ini sudah melebihi 350,000 pelanggan. Wow! 

 Tahun ini, Astro menyediakan lebih banyak penyiaran eksklusif dan pelbagai pilihan untuk pelanggan mereka dengan membawakan lebih banyak TV series yang akan bersiaran sama hari dengan US, UK, Korea, China, Taiwan dan Singapore! Blockbuster movie yang fresh dari cinemas pun ada. Dengar cerita, Ola Bola, Munafik, Deadpool semua akan berada di OD. Fuhhh betul betul blockbuster movies.



Untuk bulan April ni, Astro On Demand akan menyiarkan secara ekslusif siri sama tarikh dan sama hari dengan UK dan US, Game of Thrones Season 6 (25th April, 9am), Silicon Valley Season 3 (25th April, 10am), VEEP Season 5 (25th April, 10.30am), Vinyl Season 1 (currently airing), Empire Season 2 (currently airing), dan The Catch Season 2 (currently airing). Untuk peminat K-pop pulak, jangan lepaskan peluang untuk menonton siri baru seperti Monster (lakonan Jang Na-Ra), drama Jackpot (lakonan Jang Keun-Suk) dan romantik komedi Entertainer juga akan disiarkan pada hari yang sama di Korea.



Selain itu, drama TVB yang terbaru akan bersiaran sama waktu di Hong Kong melalui On Demand iaitu drama Blue Veins dan The Last Healer in Forbidden City yang kini sudah bersiaran. Siri Melayu seperti Gempak Superstar dan Maharaja Lawak Mega 2016 juga masih kekal sebagai pilihan popular di OD. Hah, berita baik weekend ni kalau tak buat apa kat rumah jangan risau. OD juga menyediakan complete sesason untuk siri pilihan semua.

Segala episod dan season of Game of Thrones, VEEP, Silicon Valley, Sopranos, The Muppets, Stitchers, Shameless, Gotham, Arrow dan banyak lagi untuk korang semua tonton! Memang boleh khatam terus lah. Dan berita baik untuk kipas susah mati DOTS! Ala...Descendants of the Sun yang tengah femes sungguh tu. The complete box sets of Korean dramas seperti Descendants of the Sun, She was Pretty, Please Come back Mister dan banyak lagi juga boleh ditonton di OD!

 Untuk yang berkeluarga, dan kanak-kanak jangan risau. Beratus episod untuk siri kegemaran kanak-kanak di Disney Junior, Disney Channel, Cartoon Network dan banyak lagi seperti Little Mermaid, Jake and the Never Land Pirates, Mickey Mouse Clubhouse, Phineas & Ferb, Hi-5, Sofia the First and We Bare Bear juga akan disiarkan di OD. Selain itu, kanak-kanak juga boleh enjoy menonton Toy Story series, Finding Nemo, Austin & Ally, Cars 1 & 2, Lion King 1 &2, Tangled dan banyak lagi di OD! Ala bukan kanak-kanak pun teruja kan?

 On Demand available untuk semua pelanggan Astro. Hanya sambungkan Personal Video Recorder (PVR) dengan Wi-Fi atau tonton OD pilihan anda melalui Astro on the Go (AOTG). OD Plus juga available tanpa cas tambahan untuk semua pelanggan Astro, sehingga 30 April 2016. Untuk maklumat lanjut boleh lihat di www.watchod.com.

 Okayh, nak pergi sambung menonton The Walking Dead Season 6 dalam OD kejap sebab terlepas episod banyak jugak haritu. Jom? 




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook