#SBB2016 Sepetang Bersama Blogger 2016

9:43 pm


  

Blogger mana yang tidak tahu tentang Sepetang Bersama Blogger ni? Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016) merupakan majlis tahunan yang menyaksikan pertemuan penulis-penulis blog, usahawan online dan aktivis media sosial seluruh Malaysia dan nusantara. Majlis anjuran Denaihati Network ini telah berlangsung dengan meriah pada 16 April 2016 bertempat di Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur . Syaa mula menghadiri SBB ni sejak tahun 2012, dan kali terakhir saya ke SBB adalah SBB 2014. Fuh, sebab SBB 2015 dah terlepas atas urusan kerja, SBB 2016 saya nekad ambil cuti semata-mata nak datang jumpa semua blogger lama dan baru. SBB ni dah macam tempat reunion semua orang.
SBB2016 merupakan tahun kelima majlis ini diadakan. Terima kasih untuk Denaihati Network yang berusaha kerja keras selama ni untuk yang terbaik buat semua blogger. Di majlis sebegini lah kita sesama blogger boleh mengeratkan lagi silaturahim, berkenal-kenalan, dan menambah ilmu blogging. Bayangkan, kali pertama saya ke SBB2012, saya hadir bersama Pisyek. Di SBB2016, saya berjumpa semula dengan Pisyek, dia dah kahwin anak sorang dah rupanya! Punya cepat masa berlalu kan? Terjumpa juga dengan Reez, yang dah empat tahun tak jumpa. Fuh, memang ramai la blogger lama tak jumpa, tetibe terjumpa di SBB2016 kali ini. Jom layan gambar!


bersama Halim (www.halimbrothers.com)


bersama Fatin Bella (www.fatinbella.com)


bersama Khai Artzfar (www.budakpacak.com)


bersama orang kuat SBB2016, Tuan Hj Amir (www.denaihati.com)


bersama Norman Hakim dan Memey Suhaiza, duta Ephyra yang merupakan penaja SBB2016


bersama Adi Putra



bersama Boni Kacak (www.bonikacak.com)


bersama duta Zeeta, penaja SBB2016


bersama Reez (www.mohdfairiz.com)


bersama Pisyek (www.pisyek.com)



bersama bloggers; Rafzan (www.rafzantomomi.com), Anuar (www.penaberkala.com), Dikbee (www.dikbee.com), Mek Onie (www.mekonie.com), dan Amir Nawawi (www.amirnawawi.com)


bersama Upin, dari Upin & Ipin Official, penaja SBB2016


bersama Shafiq, partner of the day hehe~



Terima kasih Kotak Lensa untuk gambar cantik semua.


Terima kasih Sidiq, untuk name card ieyra.com yang cun melecun!
Siapa nak tempah kad boleh PM beliau di Facebook!


Pelbagai aktiviti, dan perkongsian ilmu di SBB2016. Hadiah lucky draw juga semua best. Malangnya, saya tidak menang apa-apa petang tu. Cukup bawa pulang momen indah je dengan blogger lain. Terima kasih sekali lagi kepada Denaihati Network dan tidak lupa juga kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) selaku penaja utama dan penaja-penaja lain seperti amnahome.com, Richwork Academy, Ephyra, Jopana.my, Zeeta, Aleeya’s Kitchen, Firdausazizi.com, Abangensem.com, Penmerah.com, eQurban, Sohaini Cookies, Jus Bob Nanas dan Upin Ipin Official.



gambar oleh CVS Production

Hopefully tahun depan ada lagi Majlis Sepetang Bersama Blogger ni!

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook