Selamat Pengantin Baru Tomok dan Noh! (@tomok_nb_oiam & @nohsalleh)

9:59 am


kita mulakan mukadimah entry dengan gambar HOT kat atas. fuh fuh fuh. ex-crush dah nak menikah! ini dia Shah Indrawan bin Ismail yang saya minat sejak zaman sekolah lagi. sejak mula-mula dia dalam New Boyz zaman suara tak pecah comel je sengau-sengau tu sampai lah sekarang, masih jadi peminat dia. dulu, siap kena perli dengan ibu sebab tampal poster Tomok kat pintu almari. memang minat habis lah!

Hari ini, bersamaan dengan 1 Julai 2011 dua bakal pengantin baru iaitu Tomok dan pasangannya Ayu, serta Noh Salleh dari Hujan Band dan pasangannya Mizz Nina akan diijabkabulkan. wah masing-masing pilih tarikh yang sama ye?



Tomok dan Ayu

dah lapan tahun mereka bercinta, akhirnya akan diijabkabulkan juga. lapan tahun tau! bukan lapan bulan. punya lah setia kan? mesti banyak rintangan yang terpaksa dilalui. fuh tabah betul Tomok! dah la comel je Ayu ni. pramugari la katakan. malas cakap banyak....kita imbas sedikit gambar-gambar persiapan perkahwinan mereka...dari kad kahwin Tomok dan Ayu yang sangat banyak design, busana pengantin rekaan Hatta Dolmat, dan juga video Save The Date Tomok & Ayu hasil karya CST Production :
















Noh Salleh dan Mizz Nina

Noh Salleh dari Hujan band dan Mizz Nina yang semakin meningkat naik nama mereka ni juga akan dinikahkah hari ini. Mereka akan bernikah sempena tarikh lahir Mizz Nina iaitu 1 Julai 2011. Kemudian bagi majlis resepsi pula mereka akan bahagikan kepada dua iaitu pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat di Hotel Shangri-La dan pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur. Pihak lelaki akan memberi wang hantaran kepada Nina sebanyak RM11,000 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88. tiad abanyak gambar cuma kad kahwin unik dari mereka




SELAMAT MENEMPUHI ALAM RUMAH TANGGA 
DAN MOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.

You Might Also Like

8 comments

  1. x cemburu ke tomok kawen ni? hehe.
    http://kaoshilogy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. diammm!!!


    *menangis di penjuru bilik*

    ReplyDelete
  3. kahkahkahkahkahkah!!!entry ni aku xkan RT. muahahahaha.

    ReplyDelete
  4. Xpe.. Kang 2012 Cik Eyra Plak.. :)

    ReplyDelete
  5. cemburu mis nina kawin la.. hahaha

    ReplyDelete
  6. wowww 2 sekali kawen tarikh ni~

    jangan sedih2 nooo :P

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook